Judul : 27 Kampung Di Beaufort Dinaiki Air beritamalay3.blogspot.com
link : 27 Kampung Di Beaufort Dinaiki Air beritamalay3.blogspot.com
27 Kampung Di Beaufort Dinaiki Air beritamalay3.blogspot.com
KOTA KINABALU – Sejumlah 27 kampung di daerah Beaufort dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak Khamis lalu, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin.
Beliau berkata antara kampung terjejas ialah Kampung Binunuk; Kampung Bali Bata; Kampung Jampangah; Kampung Bakalau; Kampung Lumatai; Kampung Batu 60; Kampung Batu 58; Kampung Cina; Kampung Luagan; Kampung Lawa; Kampung Beringin dan Kampung Suasa.
Katanya beberapa kampung lain seperti Kampung Lago; Kampung Melati; Kampung Mempagar; Kampung Lajau; Kampung Lubak; Kampung Limbawang; Kampung Lupak dan Kampung Gadong turut terjejas berikutan bacaan paras air Sungai Padas kini berada pada paras bahaya.
“Sungai Padas berada pada paras 9.16 meter (m), melebihi tahap paras bahaya 8.7m. Trend air ada sedikit menurun tetapi masih berada pada paras bahaya dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa. Keadaan cuaca mendung ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muliadi berkata terdapat empat sekolah di Beaufort terjejas banjir iaitu Sekolah Menengah St Paul; Sekolah Kebangsaan (SK) Lago; SK Suasa dan Sekolah Agama Negeri Limbawang; selain 12 laluan utama di kawasan kampung turut dinaiki air.
Belum ada pusat pemindahan dibuka setakat ini kerana keadaan masih terkawal, katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qK6g1c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 27 Kampung Di Beaufort Dinaiki Air beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel 27 Kampung Di Beaufort Dinaiki Air beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/27-kampung-di-beaufort-dinaiki-air.html