Judul : 3 Lelaki Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Langgar Pokok beritamalay3.blogspot.com
link : 3 Lelaki Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Langgar Pokok beritamalay3.blogspot.com
3 Lelaki Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Langgar Pokok beritamalay3.blogspot.com
JOHOR BAHRU – Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta jenis Hyundai yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebuah pokok di Kilometer 111, Jalan Johor Bahru-Melaka di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 pagi itu, semua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Batu Pahat menuju ke Rengit selepas menghadiri satu majlis makan malam.
“Penumpang yang maut ialah Cheah Chen Kon, 45; Cheng Boon Seng, 49 dan Tan Eng Keng, 49; manakala pemandu kereta berusia lingkungan 40-an cedera. Apabila tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba kereta dipandu itu hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pokok.
“Akibat kemalangan itu, ketiga-tiga mangsa terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah manakala pemandu kereta yang cedera dikejarkan ke Hospital Batu Pahat dan masih mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Wahib berkata hasil siasatan polis mendapati punca kejadian berlaku dipercayai akibat pemandu mengantuk selain memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang menyebabkan kereta dipandunya gagal dikawal sehingga terbabas.
Tambahnya, mayat mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYkr63
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 3 Lelaki Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Langgar Pokok beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel 3 Lelaki Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Langgar Pokok beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/3-lelaki-maut-selepas-kenderaan-dinaiki.html