Judul : 35 Peratus Sasaran Kutipan Cukai Berjaya Dikutip beritamalay3.blogspot.com
link : 35 Peratus Sasaran Kutipan Cukai Berjaya Dikutip beritamalay3.blogspot.com
35 Peratus Sasaran Kutipan Cukai Berjaya Dikutip beritamalay3.blogspot.com
CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga 31 Mei lepas telah berjaya mengutip sekitar 35 peratus daripada RM127.7 bilion sasaran cukai yang ditetapkan kerajaan tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.
“Alhamdulillah ia satu kutipan yang memuaskan, dan dijangka pada suku tahun ketiga dan keempat nanti apabila syarikat-syarikat membuat pindaan kutipan cukai mereka kita akan mampu mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya kepada media di sini hari ini.
Pada tahun lepas, LHDN telah berjaya mengutip cukai sebanyak RM114 bilion .
Dalam pada itu Sabin turut memaklumkan nilai cukai tertunggak buat masa ini berjumlah antara RM3 bilion dan RM4 bilion yang terkumpul sejak beberapa tahun lepas.
Terdahulu Sabin meraikan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz dari sekitar daerah Puchong, Sepang, Banting dan Kajang di Majlis Berbuka Puasa yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sayZ0p
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 35 Peratus Sasaran Kutipan Cukai Berjaya Dikutip beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel 35 Peratus Sasaran Kutipan Cukai Berjaya Dikutip beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/35-peratus-sasaran-kutipan-cukai.html