Judul : 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com
link : 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com
400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com
ROM – Ratusan peminat Juventus cedera akibat dirempuh dan dipijak selepas panik dengan bunyi letupan kuat di sebuah dataran utama Turin, ketika menyaksikan ‘live’ Liga Juara-Juara Eropah.
Media Itali melaporkan, kira-kira 400 orang penyokong kelab bola sepak berkenaan terpaksa dirawat kerana mengalami kecederaan ringan semasa menonton aksi final bertemu kelab Real Madrid dari Sepanyol.
Sekurang-kurangnya lima cedera serius termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun akibat dipijak, lapor agensi media Sky TG24.
Beribu-ribu peminat berkumpul untuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di depan skrin gergasi di Dataran San Carlo.
Ketika separuh kedua perlawanan, kelab tempatan Juventus kalah 1-4 kepada Real Madrid dan beberapa rakaman video menunjukkan kumpulan penonton di bahagian tengah berpusu-pusu melarikan diri sehingga ada yang tercampak di penghadang.
Ramai peminat kemudian mula melarikan diri daripada tengah dataran itu dengan jeritan ketakutan turut kedengaran.
Situasi panik itu dicetuskan bunyi letupan mercun kuat yang disalah anggap sebagai bom, kata seorang saksi kepada Reuters.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxLnr8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/400-peminat-juventus-cedera-panik.html