400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com

400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com
link : 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com


ROM – Ratusan peminat Juventus cedera akibat dirempuh dan dipijak selepas panik dengan bunyi letupan kuat di sebuah dataran utama Turin, ketika menyaksikan ‘live’ Liga Juara-Juara Eropah.

Media Itali melaporkan, kira-kira 400 orang penyokong kelab bola sepak berkenaan terpaksa dirawat kerana mengalami kecederaan ringan semasa menonton aksi finalbertemu kelab Real Madrid dari Sepanyol.

Sekurang-kurangnya lima orang disahkan sebagai cedera serius termasuk mangsa seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun akibat dipijak penonton lain, lapor agensi media Sky TG24.

Beribu-ribu peminat Juventus sanggup berkumpul untuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dari Cardiff, Wales di depan skrin gergasi televisyen di Dataran San Carlo lewat Sabtu.

Ketika separuh kedua perlawanan, kelab tempatan Juventus kalah 1-4 kepada Real Madrid dan beberapa rakaman video menunjukkan kumpulan penonton di bahagian tengah berpusu-pusu melarikan diri.

Ini menyaksikan ada kalangan penyokong terbabit yang tercampak di penghadang manakala ramai peminat kemudian mula melarikan diri daripada tengah dataran itu dengan jeritan ketakutan turut kedengaran.

Pasukan keselamatan Itali turut dikerah mengawal keadaan kerana secara kebetulan pada waktu sama ibu kota London di Britain turut diserang oleh pengganas yang meragut banyak nyawa orang awam.

Situasi panik itu dicetuskan bunyi letupan mercun kuat yang disalah anggap sebagai bom oleh kumpulan pengganas, kata seorang saksi kepada agensi berita antarabangsa Reuters. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Demikianlah Artikel 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 400 Peminat Juventus Cedera Panik Akibat Letupan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/400-peminat-juventus-cedera-panik_4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :