Judul : 5 Warisan Tradisi hari raya yang dilupakan. Yang paling seronok, perkara no 5. Bangun-bangun dah ada makanan yang tak pernah buat. beritamalay3.blogspot.com
link : 5 Warisan Tradisi hari raya yang dilupakan. Yang paling seronok, perkara no 5. Bangun-bangun dah ada makanan yang tak pernah buat. beritamalay3.blogspot.com
5 Warisan Tradisi hari raya yang dilupakan. Yang paling seronok, perkara no 5. Bangun-bangun dah ada makanan yang tak pernah buat. beritamalay3.blogspot.com
Selepas 30 hari berpuasa, seronok masing masing beraya. Tapi bila tiba hari raya, masing-masing lupa akan warisan tradisi.Betul tak? Zaman sekarang, warisan tradisi dilupakan. Remaja, dewasa sibuk dengan smartphone ditangan.
Dah la tu. Tahun ni kita cuba meriahkan raya kita dengan menyambung warisan tradisi dulu kala.
Meh admin kongsi beberapa perkara tradisi bila tiba hari raya.
1- Main Bunga Api
Malam raya, beramai-ramai turun ke laman main bunga api. Seronok tengok kanak-kanak berlari-lari main bunga api. Tak kalah yang tua join sekali.
Betapa gembiranya anak-anak nak menyambut raya.
Sekarang, tak ramai ibu bapa benarkan anak-anak main bunga api. Risau katanya. Alah, ruginyaa..
2- Mandi Kolah di Pagi Raya.
Ingat tak masa kecik-kecik dulu, pagi-pagi dah buat kecoh dalam bilik air. Seronok mandi kolah beramai-ramai. Itu masa kita kecil. Bila dah besar dah tak ada dah la kan?
Apa kata, kita buat benda yang sama pada anak-anak kita sebagaimana ayah kita lakukan pada kita dulu kala. Kita la yang kena menyambung warisan tradisi untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga.
Bagi mereka rasai sendiri betapa seronoknya mandi kolah di awal pagi. Baru la bermakna beraya di kampung! Kan?
3- Pos Kad Raya
Pos kad raya zaman dulu-dulu win. Kalau balik kampung je, tak perlu beli kad raya. Guna sahaja yang orang bagi. Lepas tu, sebelum raya mak sibuk tukar langsir, kita sibuk tampal kad raya kat dinding buat hiasan. Nak jugak. Macam-macam corak ada.
Tapi sekarang, dah tak ada dah semua tu. Ye la semua elektronik. Nak tampal kat dinding pun tak boleh.
Tapi kan, apa salahnya beli kad raya, tampal jugak kat dinding. At least, ada la juga usaha kita untuk teruskan radisi, betul tak?
Nak tunggu orang bagi kad raya, sekarang semua SMS/Whatsapp kan?
4- Pasang Pelita
Bila tiba hari raya, mula la mencari minyak tanah dan buluh. Yang carinya siapa? Ayah.. Kita tunggu nak nyalakan pelita je. Ye la bau minyak tanah semerbak.
Paling best kat kampong, ramai-ramai pasang pelita di laluan nak ke masjid dan juga kawasan rumah.
Sekarang, buat balik apa yang ayah buat. Tak ada buluh, pelita yang siap pun ok. Jadi tak hilang memori dan tradisi.
Dulu elok sahaja kita main. Jangan sekat anak-anak nak main. Yang penting pantau.
5. Berkongsi Kuih Raya dengan Jiran Tetangga.
Dulu-dulu, bangun tidur dah ada juadah raya atas meja. Yang pelik bila juadah yang tak pernah buat, ada di atas meja juga. Ye la, mak tak pernah bakar satey, tiba-tiba ada satey atas meja. Tak ke pelik tu.
Rupa-rupanya jiran sebelah yang bagi. Seronok la, pagi raya dah dapat satey. Tak perlu pergi rumah terbuka. Kan?
Ini la dia warisan tradisi. Berkongsi kuih raya di pagi raya dengan jiran tetangga. Ada diantara kita tak pernah rasa situasi bertukar kuih raya atau juadah raya di pagi raya. Ye la bangun pun lambat.
Jadi, bila dah besar panjang ni, bawak-bawak la berubah. Rajin kan diri teruskan. Bangun awal pagi, sediakan juadah sedikit untuk jiran sebelah. Tak kisah la apa-pun, kuih raya yang dibeli di bazar pun jadi. Janji, kemesraan dengan jiran tetangga di pagi raya dapat dirasai.
Kita kena teruskan tradisi ini. Kalau tak siapa yang nak buat kan? Ala, bukan susah pun, bila dah setiap tahun jadi kebiasaan pasti, pasti ada warisan dan tradisi ini takakn dilupakan. Siapa nak sambung tradisi ini, kalau bukan kita sendiri. Betul tak?
Sebenarnya ada banyak lagi tradisi yang kita boleh teruskan. Jom tengok video di bawah ni apa Aiman lakukan apabila teringatkan ayahnya.
Beraya tanpa ayah.. Sayu.. Tapi Aiman dah jumpa jalan penyelesaian!
Jangan lupa kongsikan kenangan Aidilfitri anda bersama KFC dengan hashtag #KFCWarisiTradisi di laman sosial. Jom sama-sama sebarkan kegembiraan Aidilfitri tahun ini!
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgmQKh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel 5 Warisan Tradisi hari raya yang dilupakan. Yang paling seronok, perkara no 5. Bangun-bangun dah ada makanan yang tak pernah buat. beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel 5 Warisan Tradisi hari raya yang dilupakan. Yang paling seronok, perkara no 5. Bangun-bangun dah ada makanan yang tak pernah buat. beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/5-warisan-tradisi-hari-raya-yang_12.html