Judul : Adiwira Wanita Penyelamat Warga Eropah beritamalay3.blogspot.com
link : Adiwira Wanita Penyelamat Warga Eropah beritamalay3.blogspot.com
Adiwira Wanita Penyelamat Warga Eropah beritamalay3.blogspot.com
Sejak sekian lama, rata-rata penonton dan peminat filem adiwira disajikan dengan filem yang dimonopoli adiwira lelaki. Namun, filem terbaru Wonder Woman memecah tradisi sekurang-kurangnya sejak sedekad lalu apabila muncul dengan aksi adiwira wanita.
Watak yang pernah muncul dalam filem Batman vs Superman ini dikembangkan dalam bentuk yang mudah difahami oleh pengarah, Patty Jenkins. Watak yang dibawa pelakon jelita Gal Gadot berjaya memberikan jiwa kepada Wonder Woman atau Diana yang naif, namun penuh bersemangat menegakkan keadilan dan menghentikan peperangan.
Diana yang sentiasa bersikap ingin tahu mula meneroka dunia lain selepas melihat satu pesawat terhempas di perairan Amazon. Dari situ, dia mula mengenali lelaki bernama Steve Trevor (Chris Pine) yang bertugas sebagai perisik dan sedang berhadapan dengan Perang Dunia Pertama di Eropah.
Menganggap dalang utamanya adalah Dewa Peperangan bernama Ares, Diana meninggalkan Themyscira bersama Steve, sekali gus membantu menyelamatkan nyawa manusia di Eropah.
Dalam satu temu bual bersama media antarabangsa, Gadot sendiri mengakui ia tidak terlalu sukar buatnya menjiwai karakter Diana atau Wonder Woman. “Saya mudah menyerap masuk ke dalam karakter Diana. Dia punya jiwa sama seperti manusia lain yang ada kalanya beremosi, sentiasa ingin tahu dan sayangkan orang lain.
“Dalam pada membawa jiwa seperti manusia, dia juga punya kuasa sebagai dewi dan mampu bertarung dengan baik,” katanya.
Walaupun ia filem berasingan, sekurang-kurangnya penonton mampu memahami asal usul watak Wonder Woman, sekali gus mengaitkannya dengan watak lain dalam legasi filem DC Extended Universe.
Melihatkan kritikan pengkritik filem antarabangsa, rata-rata memberikan kritikan positif kepada filem yang menelan belanja AS$149 juta (RM639.1 juta) ini. Di Malaysia, Wonder Woman mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqCorG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Adiwira Wanita Penyelamat Warga Eropah beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Adiwira Wanita Penyelamat Warga Eropah beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Adiwira Wanita Penyelamat Warga Eropah beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/adiwira-wanita-penyelamat-warga-eropah.html