Judul : AJK LAKISRI Akan Tumpu Usaha Kenalpasti Bidang Ekonomi Baru beritamalay3.blogspot.com
link : AJK LAKISRI Akan Tumpu Usaha Kenalpasti Bidang Ekonomi Baru beritamalay3.blogspot.com
AJK LAKISRI Akan Tumpu Usaha Kenalpasti Bidang Ekonomi Baru beritamalay3.blogspot.com
SARIKEI: Jawatankuasa pengurusan baru Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI) yang akan dilantik selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan ditugaskan kepada usaha mengenal pasti bidang-bidang ekonomi baru untuk diceburi demi memperkasa kedudukan kewangannya.
Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar yang telah menerajui LAKISRI lebih 10 tahun lepas.
Menurut Len, jawatankuasa baru itu akan dibarisi muka lama dan baru terdiri daripada anak-anak tempatan yang memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran agensi kerajaan dan swasta.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Khatam Al-Quran Peserta Tadarus dan Penyampaian Sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Al-Muttaqin di sini hari ini.
Lebih RM80,000 sumbangan duit raya LAKISRI diagih kepada 730 penerima dari kalangan golongan asnaf di bandar ini.
Beliau berkata, sumber pendapatan LAKISRI sebelum ini kebanyakannya adalah hasil daripada sewa bangunan kedai milik organisasi tersebut di bandar ini. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgns1o
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel AJK LAKISRI Akan Tumpu Usaha Kenalpasti Bidang Ekonomi Baru beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel AJK LAKISRI Akan Tumpu Usaha Kenalpasti Bidang Ekonomi Baru beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AJK LAKISRI Akan Tumpu Usaha Kenalpasti Bidang Ekonomi Baru beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/ajk-lakisri-akan-tumpu-usaha-kenalpasti.html