Judul : Aliran Modal Kepada Aset Selamat, Emas Terus Meningkat beritamalay3.blogspot.com
link : Aliran Modal Kepada Aset Selamat, Emas Terus Meningkat beritamalay3.blogspot.com
Aliran Modal Kepada Aset Selamat, Emas Terus Meningkat beritamalay3.blogspot.com
Harga emas bergerak stabil dalam sesi Eropah pada Rabu selepas mencapai paras tertinggi tujuh bulan lalu dengan pelabur-pelabur mengambil kira risiko-risiko politik yang memberi kesan kepada pasaran sekaligus menyokong permintaan aset lebih selamat seperti emas.
Di pasaran hadapan Comex, emas didagang di sekitar $1,294.93 pada pukul 3 petang tadi, manakala emas di pasaran spot didagang di sekitar 1292.65.
Harga emas mendapat keuntungan untuk tiga sesi dagangan pada Selasa dan telah mencapai paras tertinggi $1,298.80. Selain itu, harga logam berharga yang lain iaitu perak juga mendapat permintaan sejak tiga minggu lalu yang disokong oleh ketidaktentuan politik global.
Pemain pasaran akan memberi perhatian kepada bekas Pengarah FBI James Comey dalam keterangannya di hadapan Senat pada Khamis. Hal ini dilihat sebagai risiko kepada pentadbiran Trump yang akan menjadi semakin sukar jika Comey membuat tuduhan terhadap Presiden US itu.
Pemain-pemain pasaran juga akan memberi perhatian kepada pilihanraya United Kingdom yang juga berlangsung esok.
Emas biasanya akan menjadi alternatif pelaburan kepada pelabur-pelabur apabila berlakunya risiko politik global. Hal ini kita telah lihat dalam beberapa siri ketidaktentuan politik yang berlaku sebelum ini seperti krisis Korea Utara, pilihanraya US dan undian Brexit tahun lalu.
Ketidaktentuan politik global ketika ini diburukkan lagi dengan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah antara Qatar dengan beberapa negara Arab lain khususnya Arab Saudi.
Indeks US dolar ketika ini berada di sekitar 96.56 yang jatuh ke paras terendah tujuh bulan lalu iaitu paras yang kali terakhir dilihat pada 9 November 2016.
The post Aliran Modal Kepada Aset Selamat, Emas Terus Meningkat appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rU9baO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Aliran Modal Kepada Aset Selamat, Emas Terus Meningkat beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Aliran Modal Kepada Aset Selamat, Emas Terus Meningkat beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/aliran-modal-kepada-aset-selamat-emas.html