Amanah cadang Kota Bharu jadi model hubungan harmoni antara kaum beritamalay3.blogspot.com

Amanah cadang Kota Bharu jadi model hubungan harmoni antara kaum beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amanah cadang Kota Bharu jadi model hubungan harmoni antara kaum beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah cadang Kota Bharu jadi model hubungan harmoni antara kaum beritamalay3.blogspot.com
link : Amanah cadang Kota Bharu jadi model hubungan harmoni antara kaum beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Amanah cadang Kota Bharu jadi model hubungan harmoni antara kaum beritamalay3.blogspot.com

 ZIKRI ABDULLAH

Datuk Wan Rahim bersongkok Amanah menyampaikan sumbangan kepada 200 asnaf di majlis sinar Ramadan Bunut Payong pagi tadi


Keharmonian hubungan antara kaum sejak turun temurun di Kota Bharu, Kelantan perlu dipromosikan sebagai model yang boleh diguna di seluruh negara.

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata perkara ini salah satu tawaran apabila pentadbiran negara diterajui gabungan baru, Pakatan Harapan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

"Kota Bharu, seperti tempat-tempat lain di Malaysia memiliki komposisi penduduk pelbagai agama dan keturunan.

"Namun di sini kita hidup saling menghormati dan menjalin persahabatan dan perpaduan," katanya ketika merasmikan majlis sinar Ramadan anjuran jawatakuasa Dun (JDUN) Bunut Payong pagi ini.

Negara katanya dikejutkan dengan percubaan pihak tertentu yang membangkitkan isu yang cuba membawa pertelagahan kaum dan agama.

"Peristiwa jemaah lepas solat jumaat pukul pemandu bukan Islam dengan kon dan kini dihebohkan konon tidak boleh orang bukan Islam berbuka puasa dengan masyarakat Islam adalah fenomena menyedihkan.

"Insya Allah ini tidak berlaku di Kota Bharu dan kita mahu budaya Kota Bharu ini jadi amalan seluruh negara," katnya.

Beliau menjelaskan pihak gabungan empat parti iaitu PKR, DAP, Amanah, dan Bersatu yang kini dinamakan Harapan, sedang menyiapkan tawaran bagi meringankan beban rakyat.

"Di peringkat negeri Kelantan kita telah mengadakan siri mesyuarat khas mengenai perkara ini.

"Tawaran-tawaran ini berkaitan semua caj yang akan dikaji semua selepas kita ambil alih kerajaan," katanya.

Selain tekanan GST dan pelbagai penghapusan subsidi terutama minyak oleh kerajaan pusat katanya, rakyat turut tertekan dengan kenaikan mendadak pelbagai perkhidmatan di peringkat negeri.

"Kenaikan mendadak caj dan hasil dalam pentadbiran tanah kini cukup dirasai rakyat sama ada yang berada di luar bandar mahupun di bandar.

"Selepas jawatankuasa tawaran meneliti semua aspek, Amanah negeri akan mengemukakan satu tawaran munasabah kepada rakyat untuk meringankan beban yang kini amat mencengkam," katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Amanah peringkat kawasan dan Dun yang terus membantu meringankan beban rakyat.

"Walaupun kini kita belum memerintah dan dan amat terhad, sikap prihatian yang ditujukkan untuk peduli dan membantu rakyat oleh Amanah semua pringkat amat dihargai," katanya.



Demikianlah Artikel Amanah cadang Kota Bharu jadi model hubungan harmoni antara kaum beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Amanah cadang Kota Bharu jadi model hubungan harmoni antara kaum beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah cadang Kota Bharu jadi model hubungan harmoni antara kaum beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/amanah-cadang-kota-bharu-jadi-model.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :