Judul : Anak Selalu Terjerit-Jerit Bila Inginkan Sesuatu, Ibu Bapa Boleh Lakukan Cara Ini Untuk Memperbaiki Tingkah Laku Anak Tersebut beritamalay3.blogspot.com
link : Anak Selalu Terjerit-Jerit Bila Inginkan Sesuatu, Ibu Bapa Boleh Lakukan Cara Ini Untuk Memperbaiki Tingkah Laku Anak Tersebut beritamalay3.blogspot.com
Anak Selalu Terjerit-Jerit Bila Inginkan Sesuatu, Ibu Bapa Boleh Lakukan Cara Ini Untuk Memperbaiki Tingkah Laku Anak Tersebut beritamalay3.blogspot.com
Mungkin ada di antara kita pernah berhadapan dengan situasi di mana, anak-anak suka menjerit jika meminta, atau menyatakan sesuatu. Secara spontan juga, kita pasti akan memarahi mereka kerana berkelakuan sedemikian.
Sebenarnya, dalam melatih anak-anak untuk berkelakuan baik, ia bermula dari ibu bapa, kerana menerusi perkongsian dari laman Parent Connect, tindakan ibu bapa sewaktu anak mula bersikap baik adalah salah satu cara untuk mereka terus bertingkah laku dengan baik.
Mari kita ikuti perkongsian dari laman tersebut.
"Puan, anak saya suka cakap jerit jerit. Saya tak tahu apa yang patut saya buat." keluh seorang Ibu.
"Pernahkah anak Puan TIDAK bercakap jerit-jerit?" tanya saya.
"Ya ada tapi tak selalu. Banyak jerit saja" terang si Ibu.
"Bila sekali sekala dia TIDAK menjerit, pernahkah Puan puji dia atau sebut pada dia beginilah seeloknya dia bercakap? Bila sekali sekala dia TIDAK menjerit pernahkah Puan beritahu betapa gembiranya Puan sebab dia bercakap dengan elok? " tanya saya lagi.
"Tidak Puan. Saya tension bila dia jerit. Saya rasa gagal."
Jika anak suka berbohong, kita tidak seharusnya biarkan, tetapi pernah atau tidak bila anak tidak berbohong kita menyebut betapa gembiranya kita kerana dia bercakap benar?
Jika anak sering sepahkan mainan atau bilik anak remaja bersepah, pernahkah kita puji bila anak menyusun mainan atau kemaskan bilik, walaupun sekali dua?
Jika anak sering mendapat markah rendah dalam kelas, pernahkah kita puji usaha anak atau walau sedikit peningkatan yang anak tunjukkan kita akui?
Jika anak sering mengamuk atau 'throw tantrum' bila hendakkan sesuatu, pernahkah kita memuji bila dia bercakap dengan baik tanpa mengamuk apabila hendakkan sesuatu?
Jika kita marah kerana anak remaja tiba-tiba tidak mendengar kata, pernahkah kita menghargai dia dan berterima kasih bila dia patuh?
Anak-anak tidak sempurna sebagaimana diri kita juga. Ketika memperbetulkan yang negatif, carilah yang positif walau yang ada hanya sekelumit cuma supaya lama-kelamaan yang positif akan mengatasi yang negatif.
Insya Allah.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
- Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rlBEWq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Anak Selalu Terjerit-Jerit Bila Inginkan Sesuatu, Ibu Bapa Boleh Lakukan Cara Ini Untuk Memperbaiki Tingkah Laku Anak Tersebut beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Anak Selalu Terjerit-Jerit Bila Inginkan Sesuatu, Ibu Bapa Boleh Lakukan Cara Ini Untuk Memperbaiki Tingkah Laku Anak Tersebut beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/anak-selalu-terjerit-jerit-bila.html