Judul : Anjing Labrador Ini Masih Tinggalkan Separuh Makanannya Untuk Kawan Baik Yang Telah Mati beritamalay3.blogspot.com
link : Anjing Labrador Ini Masih Tinggalkan Separuh Makanannya Untuk Kawan Baik Yang Telah Mati beritamalay3.blogspot.com
Anjing Labrador Ini Masih Tinggalkan Separuh Makanannya Untuk Kawan Baik Yang Telah Mati beritamalay3.blogspot.com
Kisah ini ternyata membuktikan anjing bukan hanya setia pada tuan mereka tetapi juga sangat setia dengan peneman atau rakan baik mereka.
Baru-baru ini seorang lelaki bernama Easton Dufur kongsi kisah menyentuh hati tentang dua ekor anjing Labrador miliknya yang diberi nama Stitch dan Cookie. Easton berkongsi kisah itu di akaun Twitter dan orang ramai nyata tersentuh dengan ceritanya itu.
Inilah Stitch..
…daaannn Cookie!
Melalui tweet itu, Easton berkata,
“Saya hanya sediakan satu mangkuk untuk kedua-dua anjing saya.”
“Anjing sayang bernama Stitch melatih Cookie untuk hanya makan separuh daripada makanan di dalam mangkuk (berkongsi).
“Sejak Cookie masih kecil, dia sudah tahu untuk tinggalkan separuh makanan untuk Stitch.”
Malangnya, Stitch mati baru-baru ini meninggalkan Cookie tidak berteman.
“Ini kali pertama Cookie makan bersendirian. Semenjak Stitch pergi, saya kurangkan makanan yang diletakkan di dalam mangkuk Cookie makan.”
“Sebelum saya masuk bilik, saya periksa jika Cookie sudah habiskan makanannya. Saya dapati dia masih meninggalkan separuh daripada makanan itu untuk Stitch.”
Menurutnya lagi, kedua-dua anjing itu telah menjadi peneman setia antara satu sama lain selama lebih 10 tahun. Mereka sangat rapat sehinggakan mainan dan mangkuk makanan dikongsi tanpa bergaduh. Malangnya, Stitch yang berusia 13 tahun mati baru-baru ini kerana usia yang uzur.
“Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain. Cookie selalu kacaunya (Stitch) untuk ajak bermain dengannya dan mereka menjaga antara satu sama lain.
Selepas pemergian Stitch, Cookie menjadi murung kerana kehilangan rakan baiknya selama 10 tahun. Dia hanya pulih dari kesedihan selepas seminggu.
Kalau dah rapat dan tinggal bersama selama satu dekad, mesti susah Cookie nak hidup tanpa Stitch 🙁
Baca: Anjing Tunggu Tuan Pulang di Lorong Rumah Setiap Hari Sejak 3 Tahun Lalu
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tLPoIj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Anjing Labrador Ini Masih Tinggalkan Separuh Makanannya Untuk Kawan Baik Yang Telah Mati beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Anjing Labrador Ini Masih Tinggalkan Separuh Makanannya Untuk Kawan Baik Yang Telah Mati beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/anjing-labrador-ini-masih-tinggalkan.html