Judul : Api sambar muka beritamalay3.blogspot.com
link : Api sambar muka beritamalay3.blogspot.com
Api sambar muka beritamalay3.blogspot.com
MALANG buat seorang budak lelaki apabila mukanya disambar api ketika mahu mencucuh meriam buluh dalam kejadian di Sungai Lokan, Kepala Batas, dekat sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa yang berusia 10 tahun cuba menyalakan api sumbu meriam terbabit menggunakan pemetik api.
Menurut sumber, ketika sedang menyalakan pemetik api, secara tiba-tiba api meriam buluh terbabit marak dan menyambar mukanya hingga membuatkan mangsa terjatuh dan meronta menahan kesakitan.
"Difahamkan, budak terbabit baru pertama kali bermain meriam karbaid dan ketika itu ada beberapa remaja dan lelaki dewasa di lokasi kejadian.
"Bagaimanapun, api marak dengan pantas dan menyambar mukanya ketika dia mahu menyalakan meriam yang selalunya dicucuh menggunakan kayu," katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang meronta kesakitan dibawa pulang oleh beberapa penduduk sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.
"Ketika kejadian, ibunya sedang menyiapkan hidangan untuk berbuka dan wanita terbabit yang terkejut melihat keadaan anaknya membawa mangsa ke bilik air untuk dimandikan.
"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan doktor mencuci kulit mukanya sebelum dia dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut," katanya.
Mangsa anak ketiga daripada empat beradik itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sTuYxu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Api sambar muka beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Api sambar muka beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/api-sambar-muka-beritamalay3blogspotcom.html