Awas! 2 Penyakit Yang Mesti Diawasi Kaum Lelaki… beritamalay3.blogspot.com

Awas! 2 Penyakit Yang Mesti Diawasi Kaum Lelaki… beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Awas! 2 Penyakit Yang Mesti Diawasi Kaum Lelaki… beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Awas! 2 Penyakit Yang Mesti Diawasi Kaum Lelaki… beritamalay3.blogspot.com
link : Awas! 2 Penyakit Yang Mesti Diawasi Kaum Lelaki… beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Awas! 2 Penyakit Yang Mesti Diawasi Kaum Lelaki… beritamalay3.blogspot.com


Kesihatan yang baik adalah satu rahmat dalam hidup, namun ianya mungkin tidak akan datang andai kita tidak berusaha memilikinya.

Ilmu pengetahuan dan tindakan pencegahan adalah antara aspek yang boleh membantu kita mencapai tahap kesihatan yang membahagiakan. Hakikat yang pahit ialah wujud terlalu banyak penyakit di dunia ini hingga sukar untuk kita ulas atau ambil tahu semuanya secara serentak.

Walau bagaimanapun jika kita mahu mengetengahkan pandangan berkaitan kesihatan lelaki, maka ada dua penyakit yang harus diberikan perhatian.

Isu kesihatan pertama adalah kanser prostat.

Berdasarkan statistik pada tahun 2012, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki negara ini menghidap kanser prostat. Ia diletakkan sebagai salah satu pembunuh utama lelaki selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Jangan berhenti membaca… ada lagi fakta yang anda perlu tahu.

Malaysian National Cancer Registry Report 2007-2011 turut mendapati, kanser prostat adalah kanser ketiga paling kerap menyerang kaum lelaki berumur lebih 60 tahun selepas kanser paru-paru dan kolorektal.

Apakah itu prostat?

Prostat adalah kelenjar yang terletak antara pangkal zakar dan pundi kencing serta saluran tiub (uretra) yang menyalurkan air kencing dan air mani melalui zakar.

Saiznya mengikut umur seseorang, semakin meningkat umur ia semakin membesar. Proses pembesaran ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Bagi remaja berusia 20-an, saiznya mungkin sebesar guli kecil tapi bagi yang berusia lebih 40 tahun, ia bersaiz guli besar atau paling tidak sebesar kacang ‘walnut’.

Fungsi utama prostat ialah menghasilkan cecair yang berfungsi melindungi, menyokong serta melancarkan pergerakan air mani. Hampir 75 peratus cecair ini dibekalkan dalam pundi air mani, 20 peratus kekal di dalam prostat, empat peratus dalam buah zakar dan satu peratus untuk air mazi.

Apakah pula yang dimaksudkan sebagai kanser prostat?

Kanser prostat ialah ketumbuhan yang bermula dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini membiak perlahan sehingga penghidap tidak mengalami sebarang simptom atau menyedari kewujudannya.

Lama-kelamaan ia akan membesar serta mengelilingi prostat. Jika tidak ‘dibunuh’ segera, ia boleh merebak ke tulang belakang sekaligus mengundang risiko lebih besar.

Apakah punca kanser ini berlaku?

Kanser prostat lazimnya menyerang lelaki yang berusia lebih 50 tahun malah semakin tua usia, semakin mudah diserang kanser ini. Lebih 80 peratus kanser prostat didiagnosis pada lelaki yang berumur 65 tahun ke atas. Dalam kalangan pesakit kanser prostat di negara ini, kaum Cina merekodkan bilangan tertinggi dibandingkan Melayu dan India.

Ia juga melibatkan sejarah penyakit keturunan di mana mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser berkenaan lebih terdedah kepada risiko menghidapnya.

Kurang memakan sayuran dan buah-buahan serta pengambilan daging merah dan produk tinggi lemak turut didapati meninggikan risiko mendapat kanser prostat, selain faktor kegemukan dan merokok.

Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah kencing terlalu kerap, tidak puas, tidak lancar, sakit atau pedih, berdarah, kerap kencing malam, terkencing dan terasa sakit ketika ejakulasi.

Saringan kanser prostat disarankan bagi lelaki yang berumur 50 tahun keatas dan mempunyai risiko.

Ada dua jenis strategi saringan yang kerap digunakan iaitu menguji paras PSA dalam darah dan pemeriksaan prostat melalui rektum menggunakan jari (DRE).

Begitu pun, saringan untuk kanser prostat masih menjadi kontroversi. Negara seperti Amerika Syarikat mempunyai program saringan sendiri manakala negara seperti United Kingdom, tidak mengesyorkan program saringan.

Kontroversi ini disebabkan ada kajian menunjukkan program saringan tidak dapat menurunkan kadar kematian dan kajian lain pula mendapati program saringan menyebabkan pesakit dirawat tanpa keperluan.

Bagaimanapun dua saringan yang mudah ini boleh menentukan jika seseorang itu perlu melakukan pemeriksaan lanjut. Apabila didapati paras PSA yang tinggi di dalam darah dan pemeriksaan prostat dengan jari mendapati prostat tidak normal, maka pesakit dicadangkan menjalani biopsi dan pengimejan prostat.

Apabila disahkan menghidap kanser prostat ada beberapa cara rawatan yang boleh dijalankan, bergantung pada tahap kanser. Terdapat pelbagai kaedah rawatan seperti ubatan mahupun pembedahan.

Mati Pucuk

Penyakit kedua yang memerlukan perhatian kaum lelaki ialah mati pucuk atau erectical dsyfunction (ED).

Mungkin ada yang tersenyum mendengar nama penyakit ini namun ianya sesuatu yang serius dan pengidapnya kerap kali melalui kehidupan sengsara dalam diam.

Banyak rumahtangga yang musnah atau berhadapan dengan krisis teruk akibat penyakit ini.

Mati pucuk merujuk kepada ketidakupayaan dalam memperoleh dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks.

Statistik berikut seharusnya memberi gambaran betapa ED bukan sesuatu yang jauh dari diri seseorang lelaki:

– 1 daripada 4 lelaki yang berumur bawah 40 tahun mengalami masalah mati pucuk. (Sumber: Capogrosso P; et al Journal of sexual medicine, 2013:7: 1833–1841).

– 16% daripada populasi lelaki di Malaysia dalam lingkungan umur 40 hingga 70 tahun mengalami masalah mati pucuk. (Sumber : Safarinejad et al, urology journal ; 2004: 3, 133-147).

– 7 daripada 10 lelaki Malaysia berumur lebih 40 tahun mengalami masalah mati pucuk. (Sumber :Khoo et al, journal of sexual medicine, 2008: 12, 2925–2934).

Antara penyebab mati pucuk ialah menghidap penyakit seperti diabetes mellitus dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis) serta penyakit kardiovaskular (Montorsi F. et al. Eur Urol 2003;44:360-5).

Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

Turut berisiko, mereka yang mengalami masalah mental, kemurungan dan kebimbangan selain cedera pada otak dan saraf tunjang begitu juga merek yang mempunyai masalah hormon seperti paras testosterone yang rendah, kegagalan hati dan buah pinggang, pesakit Parkinson dan angin ahmar.

Selain itu kesan sampingan ubat-ubatan dan komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing juga boleh jadi penyebab meskipun jarang berlaku.

Bagi mengatasi masalah mati pucuk, rawatan bukan ubat yang boleh dilakukan ialah menjalani cara hidup yang sihat, berhenti merokok, mengurangkan berat badan yang berlebihan dan meningkatkan aktiviti fizikal.

Masalah mati pucuk juga akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi pesakit berada dalam keadaan terkawal, begitu juga pengurusan stres yang baik.

Rawatan melibatkan ubat pula terdapat dalam bentuk pil dan suntikan. Dalam keadaan di mana ubat tidak berkesan atau tidak boleh digunakan, alat vakum khas dan pembedahan implan mungkin berguna. (dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan kaedah-kaedah rawatan tersebut). #BPKK #SihatBaruMacho. – MYNEWSHUB.CC



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIz1yl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Awas! 2 Penyakit Yang Mesti Diawasi Kaum Lelaki… beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Awas! 2 Penyakit Yang Mesti Diawasi Kaum Lelaki… beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Awas! 2 Penyakit Yang Mesti Diawasi Kaum Lelaki… beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/awas-2-penyakit-yang-mesti-diawasi-kaum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :