Azza (Elite) Nafi Tanggung Suami beritamalay3.blogspot.com

Azza (Elite) Nafi Tanggung Suami beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azza (Elite) Nafi Tanggung Suami beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azza (Elite) Nafi Tanggung Suami beritamalay3.blogspot.com
link : Azza (Elite) Nafi Tanggung Suami beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Azza (Elite) Nafi Tanggung Suami beritamalay3.blogspot.com

Menjalani kehidupan bahagia bersama suaminya Azlan Zulaly disamping menikmati rezeki hasil perniagaan yang semakin baik, menjadikan penyanyi dan pelakon Azza Elite sentiasa bersyukur dalam meneruskan rutin sehari-hari.

Pun begitu, timbul dakwaan oleh sesetengah pihak kononnya Azza yang menanggung suami dan keluarga kerana wanita berusia 38 tahun ini dikatakan lebih bekerja keras mengusahakan perniagaan selain aktif dengan kerjaya seni.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, pemilik nama sebenar Nor Azzarima Zawari ini berkata, persepsi itu tidak benar sama sekali. Hakikatnya dia dan suaminya sama-sama menguruskan perniagaan, Azza Elite Empire HQ, yang menawarkan pelbagai produk kecantikan dan produk kesihatan.

“Di Instagram saya, memang saya lebih banyak berkongsi tentang produk-produk yang saya jual berbanding hal peribadi. Lagipun suami saya seorang yang pemalu jadi memang susah kalau hendak ajak dia bergambar.

“Disebabkan saya artis jadi tentulah saya yang nampak lebih menonjol daripada suami. Mungkin juga sebab itu timbul dakwaan sebegitu hakikatnya saya dan suami sama-sama mengusahakan perniagaan kami sejak beberapa tahun lalu.

“Dia menguruskan bahagian pemasaran dan saya pula lebih kepada bahagian promosi, itu sebabnya orang lebih nampak saya saja yang ke depan. Jadi dakwaan itu memang tidak betul,” jelasnya yang ditemui pada majlis pelancaran saluran TV membeli belah terbaharu Laku Mall, bertempat di The Garden, pada Khamis.

Laku Mall menawarkan pelbagai produk seperti reka bentuk rumah dan hiasan dalaman, kesihatan dan kecergasan, teknologi dan banyak lagi.

Disiarkan HyppTV saluran 123, program ini memberikan penonton pengalaman membeli belah terbaik di TV bawakan oleh Mangkin Prestij Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat Korea berdaftar di Malaysia, M Tanochi Home Shopping Sdn Bhd.

Jual Barang Korea

..

Sementara itu, Azza berkata dia teruja kerana diberi kepercayaan mengendalikan Laku Mall bersama dua lagi hos iaitu selebriti Dynas Mokhtar dan Iskandar Ng.

Menganggap ia sebagai rezeki, kata Azza, dia tidak berfikir panjang untuk menyatakan persetujuan apabila ditawarkan oleh pihak MIG (Metrowealth).

“Pihak MIG menawarkan kepada saya dan saya tidak menolak. Saya difahamkan ramai juga senarai calon hos malah kalau diikutkan MIG juga mempunyai artis mereka sendiri tetapi mereka memilih saya. Saya anggap ini rezeki.

“Mungkin kelebihannya kerana sebelum ini saya ada pengalaman mengacara. Saya pernah mengacara Muzik TV pada tahun 2001 selama lima tahun. Selain itu mungkin juga kerana kepetahan saya, kerana saya ni suka bercakap. Mungkin mereka menilai dari segi cara saya menjual produk-produk saya,” katanya yang sudah 21 tahun berkecimpung dalam industri seni tempatan.

Menjalani penggambaran program tersebut di sebuah studio di Bangkok, Thailand, sekitar April lalu, Azza berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah mewujudkan keserasian bersama Dynas dan Iskandar. Malah masing-masing seronok menjalankan tugas masing-masing.

Namun Azza mengakui mendapat satu pengalaman baharu dimana dia berkerja seperti cara kerja orang Korea juga cabaran dari segi komunikasi memandangkan kru-kru produksi terdiri daripada orang Thailand.

“Saya lebih kepada penerangan tentang satu-satu produk sambil itu Dynas, dia akan menunjukkan demonstrasi dan cara-cara menggunakan produk itu. Kalau produk itu melibatkan perkakas masakan, Iskandar yang akan kendalikan cara-cara untuk menggunakan barang itu kerana dia mempunyai kepakaran dalam bidang masakan.

“Walaupun tempoh penggambaran agak singkat dan kami perlu selesaikan 37 episod dalam masa 12 hari tetapi kami bertiga sebenarnya sangat seronok sebab dapat menggunakan dan cuba memakai barang-barang tersebut, yang mana semua produk yang dijual adalah dari Korea yang tidak terdapat di mana-mana hardware di Malaysia tetapi hanya di Laku Mall,”

“Tapi buat program ini mencabar juga kerana kami bekerja dengan orang Korea jadi disiplin dari segi ketepatan masa itu sangat penting.

“Sepanjang penggambaran pula, kru produksi semuanya orang Thailand, jadi memang kami kalau berkomunikasi macam ayam dengan itik bercakap lah. Tapi apapun, semuanya berjalan lancar,” katanya sambil tertawa.

Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul menerusi lakonan dalam drama, Isteri-Isteri Ayah yang akan ditayangkan di TV3 mulai Julai depan.

The post Azza (Elite) Nafi Tanggung Suami appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qIDqCr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Azza (Elite) Nafi Tanggung Suami beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Azza (Elite) Nafi Tanggung Suami beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azza (Elite) Nafi Tanggung Suami beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/azza-elite-nafi-tanggung-suami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :