Judul : Baca Novel Inggeris beritamalay3.blogspot.com
link : Baca Novel Inggeris beritamalay3.blogspot.com
Baca Novel Inggeris beritamalay3.blogspot.com
Hi. Thanks admin siar kn confession ni. Saya nak share pengalaman sy baca novel BI.
Ya, mmg boleh improve vocab banyak sangat bila baca novel BI ni. Kalau parents yang nak anak dia improve BI, banyak kan baca buku BI. Tapi pastikan mula dengan buku yang nipis2 je dulu. Dan untuk pastikan pronunciation tu betul, baca kuat2 ye. Bukan baca dalam hati. Hmm boleh jugak baca bedtime stories kat adik@anak sedara. BI saya improve pun sebab saya terus baca novel BI lepas SPM
Tapi saya bagi tau awal2. Novel BI ni kena tapis2 sikit kalau nak baca@beli. Sebab tak semua novel BI tu elok. Banyak je novel yg jahanam kan minda.
Nasihat saya yang kedua, tak payah beli pun novel BI ni. Sebab harga dia tak sama macam harga novel Malay ye. Harga novel BI selalunya atas RM30 untuk sebuah. Alternatif nya, boleh baca di library.
Point seterusnya, baca novel BI yang ringan bahasa dan isi kandungan nya. Jangan la baru berjinak2 dah terus lompat baca Harry Potter ataupun Rich Dad Poor Dad. Dua2 buku ni sangat bermanfaat, tapi bahasa yang digunakan terlalu tinggi. Nak baca Harry Potter tu boleh, tapi saya cadangkan baca versi Bahasa Malaysia terlebih dahulu supaya dah tahu jalan cerita dia. Tapi kan, kalau dah tengok movies dia, x perlu la baca novel dia lagi. Sama je tajuknya. Adoii, movie Harry Potter bukannya 100% macam yang dalam novel dia. Kalau dah baca versi BM, at least boleh agak ayat tu pasal apa.
Selain baca novel, boleh juga baca buku2 self help. Contohnya buku2 Azizi Ali ada dalam BI. Untuk peminat Sherlock Holmes, boleh baca novel dia. Tapi nasihat saya, baca kat library je ye. Buku Sherlock Holmes ni sekarang ada offer kat Popular. RM30 untuk semua cerita. Tapi buku dia yang saya beli 2,3 tahun lepas, sampai sekarang belum habis baca pun lagi
Genre yang perlu dielakkan adalah romance dan yang sewaktu dengannya.
Sekian, terima kasih.
Yang Cantik Menawan
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUc7lH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Baca Novel Inggeris beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Baca Novel Inggeris beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/baca-novel-inggeris-beritamalay3blogspo.html