Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar beritamalay3.blogspot.com

Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar beritamalay3.blogspot.com
link : Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar beritamalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Golongan berbadan besar tidak lagi ketinggalan untuk mengayakan pelbagai fesyen pada Aidilfitri ini apabila terdapat beberapa pereka dan peniaga menawarkan rekaan baju raya bersaiz besar bagi mengisi keperluan golongan tersebut.

Tiada banyak pilihan fesyen yang direka serta kesukaran mencari pakaian bersesuaian sebelum ini telah mendorong pengusaha Kedai Jahit Den Wahab di Wisma Yakin di Jalan Masjid India, di sini, untuk menghasilkan baju berjenama, ROB (Republic of Big).

Rekaan terkini dan menarik serta harga yang berpatutan membolehkan golongan berbadan besar kini mempunyai pilihan saiz pakaian besar atau dikenali sebagai ''plus size'' dan sesuai dengan citarasa masing-masing.

Pengurusnya, Batrisyia Balqis Zaharudin, 22, berkata pihaknya buat pertama kali memperkenalkan kurta saiz besar bermula dari XL sehingga ke XXXXXXL (6 XL) yang menggunakan kain jenis Silky SB lin dengan pelbagai warna dan corak.

Beliau berkata kain Silky SB line itu amat bersesuaian dengan mereka yang berbadan besar yang sering berpeluh kerana ia jenis kain yang tidak panas dan berkualiti.

"Kesemua rekaan ini dijual RM160 sehelai dengan Angah Raja Lawak menjadi dutanya, Malah rekaan baju ini bersifat mesra wuduk kerana mempunyai zip boleh laras di kedua-dua bahagian lengan." katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, seorang peniaga ,Ramadan Jalil, 33, pula berkata permintaan bagi baju Melayu, kurta dan jubah bersaiz besar cukup menggalakkan setiap kali musim perayaan.

Beliau yang sudah lapan tahun berniaga di kawasan Masjid India di sini, berkata kedainya juga kini turut menawarkan pakaian bersaiz sehingga XXXL dengan rekaan sama seperti pakaian raya bersaiz normal.

"Dulu kedai saya hanya ada jual pakaian sehingga saiz XL sahaja sehingga menyebabkan ramai pelanggan bertubuh besar mengeluh kerana tiada saiz yang muat untuk digayakan, " katanya.

Bagi pelanggan, Mukhlis Muhammad, 28, beliau dapat menjimatkan lebih RM150 untuk bajet pakaian raya pada tahun ini selepas dapat membeli baju Melayu bersaiz tiga XL di kawasan Masjid India.

"Tahun lepas saya terpaksa membelanjakan kos yang cukup tinggi iaitu lebih RM300 hanya untuk membeli kain dan upah menjahit bagi sepersalinan baju Melayu Teluk Belanga.

"Kini dengan lebih banyak pilihan baju raya saiz besar bagi golongan berbadan gempal seperti saya, ia bukan sahaja menjimatkan duit malah turut menjimatkan masa untuk mencari kain dan tukang jahit," katanya.

Berikutan penawaran pakaian bersaiz besar dengan harga berpatutan, golongan berbadan besar ini tidak lagi terasa tersisih daripada arus fesyen semasa selain dapat menampilkan gaya segar dan menarik sempena sambutan Syawal tahun ini.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUXzRy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Baju raya 'plus size' tetap bergaya bagi golongan berbadan besar beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/baju-raya-plus-size-tetap-bergaya-bagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :