Baju raya terakhir nenek beritamalay3.blogspot.com

Baju raya terakhir nenek beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Baju raya terakhir nenek beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baju raya terakhir nenek beritamalay3.blogspot.com
link : Baju raya terakhir nenek beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Baju raya terakhir nenek beritamalay3.blogspot.com

KEGEMBIRAAN warga emas membeli baju kurung bersama cucu perempuan sempena Aidilfitri bertukar pilu apabila dia meninggal dunia di pasar sehari Simpang Empat, Kangar, semalam.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa, Che Lebar Ahmad, 75, ke pasar sehari pada 8.30 pagi dihantar oleh anak sulungnya, Amim Bahari, 50, dari rumah mereka di Sanglang.

Amim berkata, ibunya sempat menghubunginya pada 10.15 pagi meminta menjemputnya pulang dan dia menunggu di kedai anak angkatnya yang menjual ikan segar di pasar itu kerana sudah selesai membeli barangan.

Menurutnya, sebaik tiba, seorang rakan yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) memberitahu ibunya kepenatan dan sedang dirawat pembantu perubatan dari klinik berhampiran.

"Saya bergegas ke kedai terbabit sebelum mendapati dua pegawai perubatan sedang berusaha menyelamatkan emak.

"Menurut anak angkat emak, sebelum itu, emak ada meminta kebenaran tumpang duduk sebentar sementara menanti saya sampai kerana terlalu penat membeli barangan termasuk baju rayanya," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Sanglang, hari ini.

Sementara itu, cucunya, Nur Anis Zamilia Amim, 25, berkata, arwah neneknya sempat bergurau dengannya bersama adik lelaki pada malam sebelum kejadian dengan menjamah pulut mempelam ketika berbuka puasa.

"Tok berselera sekali ketika menjamah pulut mempelam harumanis ketika berbuka puasa malam kelmarin.

"Malah kami sempat bergurau sebelum berbuka bahawa adik ingin menghadiahkan harumanis kepadanya tanpa pengetahuan saya," katanya.

Nur Anis berkata, arwah turut membeli baju raya buatnya malah sebelum itu neneknya sering mengingatkannya beraya bersama ke rumah sanak saudara pada Aidilfitri nanti.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVMDD9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Baju raya terakhir nenek beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Baju raya terakhir nenek beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Baju raya terakhir nenek beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/baju-raya-terakhir-nenek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :