Judul : Beringat Ambil Makanan Masjid beritamalay3.blogspot.com
link : Beringat Ambil Makanan Masjid beritamalay3.blogspot.com
Beringat Ambil Makanan Masjid beritamalay3.blogspot.com
Salam. Aku tulis perkara utama terus.
Sejak Ramadan lepas, aku akan pergi ke Masjid Al-Rahah Bangsar (Rahah) untuk berbuka puasa dan berterawih. Ramadan lepas orang tak ramai sangat mungkin sebab masjid baru buka.
Alhamdulillah tahun ni ramai orang datang Rahah untuk berbuka puasa dan berterawih. Baik mahasiswa/i, yang berkeluarga, dan staf syarikat yang berdekatan.
Ramai sangat. Sampai 1 hari ni, makanan tak cukup. Orang yang tak sempat dapat makanan kena pergi makan kat luar. Nasib baik Rahah dekat dengan Bazar Ramadan dan kedai makan.
Lepas kejadian tu, makcik katering keluarkan makanan satu persatu untuk elak orang ambil lebih dari 1 tapau. Terpaksalah beratur panjang sikit.
Yang aku marah ni. Masih ada lagi orang tak faham bahasa/pentingkan diri/fikir perut dia ambil makanan lebih dari 1 tapau untuk bawa balik makan sahur kot. Aku perasan budak-budak muda (bujang lah kot) yang banyak buat macam ni.
Aku tak tahu macam mana orang-orang ni boleh ambil lebih 1 tapau, tapi dia ada 2. Aku tegur dia kata ambil untuk kawan tak dapat datang. Kejadah kau..
Lepastu masa moreh, biasa ada lebih bubur lambuk masa buka puasa + moreh light meal dalam tapau. Yang tak menahannya, ada juga orang yang terawih 8 ambil moreh lebih dari 1, tapau bubur lambuk banyak sangat.
Kalau ambil 1 je aku tak kisah lah sebab bubur lambuk Rahah memang terbaik, sedap gilaaa. Tapi jangan lah ambil lebih 1. Ingat lah orang yang terawih 20 rakaat. Nanti dorang nak moreh apa.
Konklusinya, 1 orang ambil makanan untuk 1 portion sebab hanya tu hak kita. Jangan ambil lebih melainkan memang ada lebih dan makcik katering suruh ambil. Ingat orang belakang yang belum sampai nak makan apa buka puasa.
Sedih tau tengok masuk dewan makan pakai baju kerja lagi muka kecewa makanan dah habis. Ingat orang terawih 20 nak moreh supaya bertenaga balik. Jangan lah nak fikir perut sendiri je. Selfish betul lah. Common sense kelaut.
Harap pembaca lain yang berbuka puasa kat masjid boleh jadi orang yang budiman dan empati.
Sekian. Salam Ramadan.
Zhe
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rpD5kU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Beringat Ambil Makanan Masjid beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Beringat Ambil Makanan Masjid beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/beringat-ambil-makanan-masjid.html