Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak beritamalay3.blogspot.com

Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak beritamalay3.blogspot.com
link : Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak beritamalay3.blogspot.com


Nur Syahindah Mohd Kamal berkata tidak ada apa yang saya inginkan kecuali dapat menjadi seorang pemain bola sepak wanita bertaraf profesional.

Walaupun ada yang memperlekehkan dan pandang serong oleh sesetengah pihak, itu tidak melemahkan semangat gadis manis yang berusia 20 tahun itu.

Sebaliknya pemain bola sepak pasukan wanita Kelantan itu, yang pernah menjadi sensasi di internet, melihat cemuhan yang dilemparkan dengan positif.

“Saya jadikan itu sebagai satu semangat untuk saya tunjuk yang kita wanita juga boleh bermain bola sepak,” katanya kepada ProjekMMO minggu lalu ketika bermain di sini.

“Sebab sesetengah orang sahaja yang selalu merendahkan saya; ada yang kata perempuan lebih baik pergi masak di dapur. Sebab itu saya jadikannya pembakar semangat.”

Gadis kacukan Cina Thailand itu mewakili pasukan Sri Sador Glow Glowing FC dalam misi merebut kejuaraan Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW).

Liga ini pertandingan pertama disertai Nur Syahindah, yang diletakkan dalam posisi pertahanan kiri, setelah dipilih menyertai pasukan bertudung ini hujung tahun lalu.

“Harapan saya supaya pasukan saya boleh pergi jauh dan saya berharap dapat terpilih sebagai pemain Malaysia,” katanya yang masih menuntut di Kolej Poly Tech Mara Kota Baru.


Nur Syahindah bermain bola sepak, bermula dengan futsal, secara aktif selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2014.

“Saya memang aktif dalam sukan, larian, bola jaring, bola tampar; semua saya pernah cuba tetapi tidak pernah lagi bola sepak.

“Sebab di Malaysia, macam jarang sikit [kegiatan] bola sepak wanita sebab sesetengah orang tidak menggalakkan suka begini,” kata anak bongsu kembar ini, daripada empat beradik.

Nur Syahindah meminati Barcelona dan pemainnya Ivan Rakitic, yang juga pemain Croatia. Selain itu, beliau suka permainan Nor Farhan Muhammad, penyerang bola sepak Kelantan.

“Saya selalu tengok bagaimana Barcelona bermain, minat saya juga dari situ dan saya banyak belajar dengan menonton video-video perlawanan Barcelona,” katanya, yang menggunakan nama Ronaldinho Klatey untuk akaun Instagramnya.

Berasal dari Kampung Pintu Geng di Kota Baru, Nur Syahindah beruntung kerana ibunya, seorang suri rumah, dan bapanya, seorang pensyarah, tidak menghalang kegiatannya.

Malah, pada 30 Disember lalu, ibunya Nor Azma Ahmad mengiringnya menyertai sesi pemilihan sebagai pemain kelab Kelantan itu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTfb3m

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biarpun dicemuh, Gadis kacukan cina ini tetap akan terus bermain bola sepak beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/biarpun-dicemuh-gadis-kacukan-cina-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :