Judul : Cegah Penyakit TB: Lindungi Anak Dengan Imunisasi beritamalay3.blogspot.com
link : Cegah Penyakit TB: Lindungi Anak Dengan Imunisasi beritamalay3.blogspot.com
Cegah Penyakit TB: Lindungi Anak Dengan Imunisasi beritamalay3.blogspot.com
BATUK berpanjangan, batuk berdarah, sakit dada semasa bernafas, ini antara tanda jangkitan penyakit Tuberkulosis (TB) ataupun batuk kering yang pernah menjadi pembunuh nombor satu negara sekitar tahun 1945 hingga 1957.
Tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti saluran pernafasan dan tersebar melalui titisan (melalui udara) semasa batuk atau bersin oleh orang yang dijangkiti penyakit tibi.
Ia boleh menjangkiti ahli-ahli keluarga lain yang tinggal serumah dan kebiasaannya berlaku di kalangan penduduk miskin dan mereka yang tinggal di kawasan sesak.
Kebelakangan ini penyakit tibi telah meningkat disebabkan kemasukan pendatang asing dan juga meningkatnya kejadian jangkitan HIV.
Komplikasi penyakit ini termasuk jangkitan kelenjar limfa (lymph node), radang selaput otak, radang paru-paru dan serangan tibi pada organ-organ lain seperti usus, tulang dan sendi, paru-paru dan buah pinggang.
Pada 1961, kerajaan memperkenalkan Program Kawalan Tibi Kebangsaan dan semua individu yang dikesan mempunyai tanda penyakit ini dirujuk ke Pusat Tibi Negara atau kini dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori (IPR)untuk rawatan susulan.
Sejak itu, diperkukuhkan dengan kaedah bidang perubatan yang makin moden, tibi mula terkawal sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Malaysia sebagai ‘Negara Tibi Sederhana’.
Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan menyediakan suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) bagi membantu mencegah penyakit tibi kepada bayi yang baru lahir.
Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang lengkap kerana ia penting untuk anggota kesihatan melengkapkan diri dengan pengetahuan terbaru mengenai perkembangan tentang imunisasi.
Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950-an yang bertujuan untuk mencegah penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan.
Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-penyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), polio, tibi, hepatitis B, measles, mumps, rubella dan jangkitan meningitis Haemophilus influenzae type b.
Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit berjangkit.
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga.
Oleh itu sayangi anak dan diri anda serta #JanganLupaCucuk dan #LengkapkanImunisasi bagi menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang sihat. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgEkGh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Cegah Penyakit TB: Lindungi Anak Dengan Imunisasi beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Cegah Penyakit TB: Lindungi Anak Dengan Imunisasi beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/cegah-penyakit-tb-lindungi-anak-dengan.html