Judul : Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan beritamalay3.blogspot.com
link : Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan beritamalay3.blogspot.com
Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan beritamalay3.blogspot.com
Memang tidak dapat dinafikan juga, ada yang memiliki berat badan berlebihan sihat tubuh badan. Namun begitu, bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, terdapat kesukaran yang tersediri dari segi rawatan untuk mereka.
Mungkin kita tidak sedar, tetapi menenerusi perkongsian dari Dr Hana Hadzrami ini, terdapat beberapa kesukaran yang dialami oleh doktor sama ada dari segi pemberian ubat bius, sehinggalah ke proses pemulihan.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Ada yang bertanya, apa kaitannya antara berat berlebihan dengan kesukaran membius?
Jawapannya ialah; berat badan melampau (obesiti) bukan saja menyebabkan kesukaran pembiusan, malah kesukaran pembedahan, pemulihan dan banyak lagi.
Semakin berat timbangan pesakit, semakin susah hati doktor bius. Bukan disebabkan kerja doktor semakin sukar, tetapi disebabkan nyawa anda lebih genting untuk kami pelihara sewaktu dibius.
1. Pemberian bius tidur
Pesakit obese lebih sukar untuk kami berikan bius tidur dengan selamat. Lazimnya pesakit apabila dibius akan berhenti bernafas. Jadi kawalan pernafasan akan diambil alih oleh doktor bius melalui tiub pernafasan yang disambung kepada mesin bantuan pernafasan.
Pesakit obese lazimnya mempunyai ruang mulut dan oropharynx yang sempit. Ramai juga mengalami obstructive sleep apnoea OSA (dengkuran yang menghalang pernafasan), menyebabkan paras oksigen tubuh turun dengan laju serta kegagalan jantung.
2. Asid perut lebih banyak
Pesakit obese lazimnya mempunyai simpanan asid perut yang lebih banyak dari pesakit lain kerana saiz perut yang lebih besar. Sejurus apabila dibiuskan, asid perut boleh keluar dengan mudah lalu membakar paru-paru. Walaupun tiub pernafasan berjaya dimasukkan namun jika paru-paru terbakar teruk, maka tetap tak dapat memberikan oksigen dalam darah, menyebabkan kegagalan organ tubuh.
3. Kesukaran untuk mencari akses vena
5. Meletakkan anggota di posisi yng dikehendaki
Kelima, pembedahan boleh jadi sukar kerana pesakit obese selalunya sukar untuk diletakkan anggota badan diposisi yang dikehendaki. Kadangkala doktor bedah perlu menggunakan alatan luar biasa untuk mendapatkan akses ruang pembedahan disebabkan lemak yang tebal.
6. Pemindahan pesakit
Pemindahan pesakit obese ke tempat lain juga tak mudah. Mereka memerlukan troli khas yang mampu menampung lebar dan berat badan mereka. Pernah kami tak dapat pindahkan seorang pesakit ke bangunan ICU melalui ambulans kerana pesakit tak muat masuk ambulans.
7. Proses penyembuhan
Proses penyembuhan pesakit obese mengambil masa yang lama. Pengaliran darah yang kurang bagus menyebabkan luka lambat sembuh. Jika terlantar tak bergerak atas katil, nanti kawasan belakang dan punggung pula dapat luka tekanan.
Berusahalah bertukar kepada gaya hidup sihat dan kurangkan berat badan dengan bantuan coach kesihatan. Senaman dan jaga makan dahulu, berat turun secara perlahan tak mengapa. Boleh berjumpa pakar bariatrik juga untuk uruskan berat badan. Usah guna jalan singkat dengan mengambil ubat kurus, ia sangat berbahaya.
Doktor bukan berat hati membuat lebih kerja menguruskan anda pun. Yang kami tak sanggup ialah pesakit mendapat insiden buruk ataupun melayang nyawa sewaktu dirawat, dibius ataupun dibedah.
Jadi, bantulah kami menyelamatkan diri anda.
Hana Hadzrami
Doktor pun lemau juga jika lama tak bersenam
- Siakap Keli
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEP0Of
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/dari-beri-ubat-bius-hingga-kepada.html