Judul : Datuk AC Mizal nafi ada kaitan dengan skim piramid Mface Club beritamalay3.blogspot.com
link : Datuk AC Mizal nafi ada kaitan dengan skim piramid Mface Club beritamalay3.blogspot.com
Datuk AC Mizal nafi ada kaitan dengan skim piramid Mface Club beritamalay3.blogspot.com
Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal menafikan mempunyai kaitan dengan skim piramid Mface Club yang dilumpuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) bersama lima syarikat lain, pada Isnin lalu.
Datuk AC Mizal nafi ada kaitan dengan skim piramid Mface Club
AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 45, berkata, beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jaringan Sosial Mface dua tahun lalu, selepas menyedari ada perkara yang tidak kena di sebalik penubuhan laman sosial itu.
“Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang.
“Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka, ” katanya kepada BH.
AC turut menghantar video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 6 Februari itu sebagai bukti.
Ditanya apakah reaksinya tatkala membaca berita mengenai pembekuan skim piramid itu, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Mazlan dalam drama bersiri Gerak Khas itu berkata, beliau tidak terkejut kerana sudah dapat mengagak perkara berkenaan pasti berlaku.
Dalam operasi berkenaan, KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Pejabat Peguam Negara membekukan 91 akaun bank bernilai RM177 juta milik skim piramid yang bertapak di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur atas kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Sumber: Bharian
Sumber Datuk AC Mizal nafi ada kaitan dengan skim piramid Mface Club
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKG36M
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Datuk AC Mizal nafi ada kaitan dengan skim piramid Mface Club beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Datuk AC Mizal nafi ada kaitan dengan skim piramid Mface Club beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/datuk-ac-mizal-nafi-ada-kaitan-dengan_4.html