Judul : Flat Lama Patut Roboh 2004, Tiba-Tiba Condong Sendiri beritamalay3.blogspot.com
link : Flat Lama Patut Roboh 2004, Tiba-Tiba Condong Sendiri beritamalay3.blogspot.com
Flat Lama Patut Roboh 2004, Tiba-Tiba Condong Sendiri beritamalay3.blogspot.com
KAHERAH – Foto sebuah apartmen lama yang condong menghempap sebuah bangunan lain di Iskandariah dekat sini baru-baru ini mencetuskan misteri kepada penduduk di negara tersebut.
Menurut media Mesir, apartmen setinggi 13 tingkat di Azarita timur bandar raya Iskandariah itu secara tiba-tiba condong pada awal pagi 30 Mei lalu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan ekoran insiden aneh tersebut.
Petugas pertahanan awam tempatan bergegas memindahkan semua penduduk di flat buruk itu serta bertindak pantas memotong bekalan gas asli dan talian elektrik untuk mengelak kejadian lebih buruk daripada berlaku.
Pihak berkuasa turut mengepung ketat kawasan tersebut bagi memastikan tiada pihak tidak bertanggungjawab yang mungkin cuba menceroboh masuk untuk mencuri harta berharga milik penduduk di bangunan berkenaan.
Gabenor Iskandariah, Mohamed Sultan dipetik media menjelaskan bahawa satu laluan pengangkutan awam tram tempatan terpaksa dilencongkan untuk mengelak gegaran daripada meruntuhkan struktur rumah pangsa itu.
Penduduk dipindahkan itu kemudian ditempatkan di sebuah kawasan perumahan sementara dengan kerjasama Kementerian Solidariti Sosial Mesir yang turut membantu dari segi bekalan keperluan harian setiap mangsa.
Flat itu kebetulan terletak berhampiran asrama kediaman penuntut Malaysia yang belajar di Universiti Alexandria dan insiden condong tersebut dilaporkan berlaku ketika umat Islam sedang sibuk bersahur untuk ibadah puasa.
Mohamad menambah, proses siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian dan satu jawatankuasa terdiri daripada wakil pihak tentera, kejuruteraan awam dan kontraktor turut dibentuk untuk mencari penyelesaian.
Sumber keselamatan bagaimanapun mendedahkan kepada akhbar berpengaruh al-Masry al-Youm bahawa flat itu siap dibina pada 2002 tetapi diarah dirobohkan pada 2004, namun penyewa pula enggan berpindah keluar.
Penduduk sanggup mengambil risiko untuk terus menetap di situ. Kerja merobohkan sebuah banguna tiga tingkat di sebelahnya sebelum itu mungkin menjadi punca asas tapak menjadi mendap. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4fCEb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Flat Lama Patut Roboh 2004, Tiba-Tiba Condong Sendiri beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Flat Lama Patut Roboh 2004, Tiba-Tiba Condong Sendiri beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/flat-lama-patut-roboh-2004-tiba-tiba.html