Judul : Futsal Sahur 2017 Tarik Penyertaan 700 Peserta beritamalay3.blogspot.com
link : Futsal Sahur 2017 Tarik Penyertaan 700 Peserta beritamalay3.blogspot.com
Futsal Sahur 2017 Tarik Penyertaan 700 Peserta beritamalay3.blogspot.com
KUALA NERUS – Pertandingan Cabaran Futsal Sahur 2017 anjuran Pemuda UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir kembali lagi Ramadan ini sebagai pengisian kepada golongan muda yang gemarkan gaya hidup aktif terutama selepas mengerjakan solat sunat Tarawih.
Pegawai Penyelaras Pemuda UMNO Dun Seberang Takir Nik Mohd Farizal Nik Jaafar berkata uniknya pada tahun ini pertandingan bagi mencari juara aktiviti itu mendapat sambutan luar jangkaan daripada peserta sehingga terpaksa dilaksanakan dua hari berturut-turut.
“Jika tahun-tahun sebelum ini kita hanya menetapkan dua pasukan dihantar daripada 24 cawangan UMNO dalam Dun Seberang Takir, memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan, kita tambah kepada empat atau lima pasukan untuk setiap cawangan.
“Jadi dianggarkan untuk pertandingan yang berjalan selama dua hari ini (semalam dan hari ini), kira-kira 66 pasukan dan 700 peserta akan berentap bagi merebut gelaran juara Futsal Sahur tahun ini,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan pertandingan itu di gelanggang futsal ASC Sports Planet, Gong Badak, awal pagi tadi.
Nik Mohd Farizal berkata, johan bagi acara itu bakal membawa pulang wang tunai RM1,000, naib johan RM700, tempat ketiga RM500 dan tempat keempat RM400.
Beliau berkata selain acara futsal, bagi merancakkan lagi penyertaan golongan muda dalam Dun Seberang Takir, pelbagai aktiviti lain turut diadakan pada Ramadan ini seperti pertandingan badminton, gunting rambut percuma dan ‘moreh’ bersama Menteri Besar.
“Bagi acara badminton kita belum tetapkan tarikh, manakala acara gunting rambut dan moreh, berkemungkinan akan diadakan seminggu sebelum umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri,” katanya.
Sementara itu Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir berkata, Futsal Sahur akan diteruskan pada Ramadan akan datang berikutan kejayaan program itu menarik ramai anak muda melibatkan diri dalam perkara yang berfaedah sempena bulan yang mulia ini.
“Ia merupakan transformasi orang muda yang patut dipuji bagi memastikan pengisian malam-malam bulan Ramadan ini diisi dengan perkara yang berfaedah dan membendung kegiatan negatif seperti gejala ‘mat rempit’ atau lumba haram di negeri ini.
“Di peringkat kerajaan negeri kita sentiasa menyokong acara seperti ini dan bersedia membantu penganjur untuk melaksanakan apa-apa program kesukanan sama ada futsal, badminton atau sepak takraw,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sass98
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Futsal Sahur 2017 Tarik Penyertaan 700 Peserta beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Futsal Sahur 2017 Tarik Penyertaan 700 Peserta beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/futsal-sahur-2017-tarik-penyertaan-700.html