Guan Eng: ‘Negeri gagal’ bayar bonus raya lebih banyak beritamalay3.blogspot.com

Guan Eng: ‘Negeri gagal’ bayar bonus raya lebih banyak beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Guan Eng: ‘Negeri gagal’ bayar bonus raya lebih banyak beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng: ‘Negeri gagal’ bayar bonus raya lebih banyak beritamalay3.blogspot.com
link : Guan Eng: ‘Negeri gagal’ bayar bonus raya lebih banyak beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Guan Eng: ‘Negeri gagal’ bayar bonus raya lebih banyak beritamalay3.blogspot.com

 | June 14, 2017
Ketua menteri itu mengejek kerajaan BN tidak pandai menguruskan kewangan negara, tetapi sangat bagus dalam 'rasuah dan penipuan'.
VIDEO INSIDE
limguaneng-duitrayaPETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencemuh dakwaan Barisan Nasional (BN) yang beliau memimpin negeri gagal dengan memberi contoh bonus raya lebih banyak untuk penjawat awam di negeri itu berbanding Putrajaya.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bantuan kewangan RM500 dan RM250 kepada penjawat awam serta pesara persekutuan menjelang sambutan Aidilfitri, namun Pulau Pinang memberi sekurang-kurangnya RM1,000 kepada setiap kakitangan kerajaannya.
“Itu 2 kali ganda daripada bonus yang diberikan kerajaan persekutuan diterajui BN. Jadi, mana satu negeri gagal?” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau membalas kenyataan Pasukan Komunikasi Strategik BN yang mendakwa Pulau Pinang dibebani hutang semakin bertambah dan menjadi negeri gagal.
Pasukan BN itu berkata, perbelanjaan operasi tahunan Pulau Pinang semakin meningkat setiap tahun kepada 500% berbanding 2008 apabila pembangkang merampas negeri itu daripada BN.
Ia juga mendakwa kerajaan Pulau Pinang menjual tanah, hak tanah dan aset bernilai sekurang-kurangnya RM37 bilion, sejak 2008.

Lim berkata, walaupun BN tidak pandai menguruskan kewangan negara, namun ia sangat bagus dalam “rasuah dan penipuan”.
“Jika anda lihat prestasi Pulau Pinang, ia dipuji Laporan Ketua Audit Negara dan Transparency International Malaysia setiap tahun.

“Ketika akaun kerajaan persekutuan mengalami defisit setiap tahun (sejak akhir 1990-an), kami mencatat lebihan. Hutang mereka terus meningkat, sementara Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang.
“Laporan Ketua Audit Negara 2015 menekankan Pulau Pinang hanya membelanjakan 55% daripada peruntukannya, tetapi menyelesaikan 99% projeknya.”

Berhubung jualan tanah di Pulau Pinang, beliau berkata, ia hanya meliputi 3% daripada jumlah hasil negeri, jadi ia bukan faktor kejayaan atau kegagalan negeri ini.
Lim juga berkata, BN berulang kali cuba merendah-rendahkan kejayaan Pulau Pinang yang dipimpin pembangkang, tetapi orang ramai hanya perlu merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara untuk mengetahui kebenarannya
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t3VqEy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Guan Eng: ‘Negeri gagal’ bayar bonus raya lebih banyak beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Guan Eng: ‘Negeri gagal’ bayar bonus raya lebih banyak beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng: ‘Negeri gagal’ bayar bonus raya lebih banyak beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/guan-eng-negeri-gagal-bayar-bonus-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :