Judul : Harga Pengguna Zon-Eropah Sah Di Paras 1.40% beritamalay3.blogspot.com
link : Harga Pengguna Zon-Eropah Sah Di Paras 1.40% beritamalay3.blogspot.com
Harga Pengguna Zon-Eropah Sah Di Paras 1.40% beritamalay3.blogspot.com
Harga pengguna (CPI) Zon-Eropah sah berada di paras 1.4% pada Mei tidak berubah daripada bacaan awal (flash) dan juga sejajar dengan jangkaan pasaran. Bacaan tahunan merosot dari 1.9% kepada 1.8% pada tempoh sama.
Inflasi teras (Core-CPI) tidak berubah dari bacaan awal di paras 0.9% berbanding 1.2% yang dicatat pada April dan 0.8% pada Mei 2016.
Harga dalam komponen tenaga jatuh 1.2% pada tempoh sama dengan bacaan tahunan semakin perlahan kepada 4.5% dari 7.6%.
Harga barangan perindustrian meningkat 0.3% dalam tempoh 12 bulan sehingga Mei 2017, tidak berubah dari sebelum ini, di mana harga sektor perkhidmatan meningkat 1.3% pada tempoh sama berbanding 1.8% yang dicatat pada bulan sebelum itu.
Pada mesyuarat Jun ECB, bank pusat Eropah telah menurunkan ramalan inflasi dari 1.7% kepada 1.5% dan menyatakan ia disebabkan harga minyak mentah yang rendah.
Data secara keseluruhan terus menunjukkan tekanan inflasi masih lagi terhalang dan ECB akan terus mengekalkan pendirian yang berhati-hati.
Matawang Euro mengukuh selepas data ini dikeluarkan dengan Eur/Usd ketika ini sedang didagang di sekitar 1.1170 jatuh dari paras tertinggi Jumaat 1.1183.
The post Harga Pengguna Zon-Eropah Sah Di Paras 1.40% appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2szUStj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Harga Pengguna Zon-Eropah Sah Di Paras 1.40% beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Harga Pengguna Zon-Eropah Sah Di Paras 1.40% beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/harga-pengguna-zon-eropah-sah-di-paras.html