Ibu Sanggup Buang Anak Kerana Kos Rawatan Tinggi beritamalay3.blogspot.com

Ibu Sanggup Buang Anak Kerana Kos Rawatan Tinggi beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibu Sanggup Buang Anak Kerana Kos Rawatan Tinggi beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu Sanggup Buang Anak Kerana Kos Rawatan Tinggi beritamalay3.blogspot.com
link : Ibu Sanggup Buang Anak Kerana Kos Rawatan Tinggi beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Ibu Sanggup Buang Anak Kerana Kos Rawatan Tinggi beritamalay3.blogspot.com


ANHUI, CHINA - "Daripada belanjakan begitu banyak duit untuk merawatnya, kenapa tidak saya lahirkan anak yang lain?" demikian kata-kata seorang ibu yang berputus asa menanggung kos rawatan anaknya yang menghidap penyakit Biliary Atresia. 

Xio Mong Han, dilahirkan pada Januari 2017 di wilayah Anhui. Namun, bayi perempuan berkenaan kerap menangis dan tanpa henti, lalu dibawa ibu bapanya ke sebuah hospital tempatan, lapor China Press. 

Malangnya, Han didapati menghidap penyakit Biliary Atresia, sebuah penyakit yang jarang berlaku, yang melibatkan hati dan saluran hempedu pada bayi. Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan maut.

Ekoran itu, doktor menyarankan agar Han menjalani pembedahan secepat mungkin. Tetapi setelah dimaklumkan mengenai kos pembedahan yang tinggi, ibu bapa Han terkejut dan terus berputus asa untuk merawat anak kecil mereka. 

"Daripada belanjakan begitu banyak duit untuk merawatnya, kenapa tidak saya lahirkan anak yang lain?" kata si ibu.


Terdesak membuang si kecil itu dari kehidupan mereka, si ibu menghantar bayi berusia tiga bulan itu kepada datuk dan neneknya. Si ibu juga memaklumkan yang bayinya menghidap penyakit kronik dan tiada wang untuk membiayai rawatan perubatannya. 

Kata-kata terakhir yang disampaikan oleh ibu Han kepada kedua-dua orang tuanya:

"Buatlah apa yang patut dengan dia. Kalau tidak dapat diselamatkan, buang saja," katanya. 

Han yang kerap senyum apabila didukung oleh nenek dan datuknya itu membuatkan wanita tua itu terasa sedih untuk mengabaikannya. Tetapi dalam masa yang sama mereka juga tidak mampu menanggung kos rawatan perubatan Han. 

Setelah puas berfikir, akhirnya kedua-dua warga emas itu membuat keputusan untuk menyelamatkan Han meskipun mereka terpaksa menggunakan wang simpanan yang telah lama dikumpul. 

Selepas menjalani dua pembedahan, keseluruhan wang simpanan mereka habis digunakan. Mereka terpaksa meminjam wang dari beberapa pihak. Malangnya penyakit Han tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif. 

"Han perlu jalani pembedahan ini dan mendapatkan rawatan susulan. Itu sahaja peluang yang dia ada," kata doktor.


Mereka cuba menghubungi ibu bapa Han, namun tidak berjaya. Neneknya terpaksa tinggal di hospital untuk menjaga Han, sementara datuknya kembali bekerja untuk mendapatkan wang sebanyak mungkin. 

"Kami sudah berusaha sedaya upaya. Kini hanya berserah kepada Tuhan sahaja," katanya. - The Reporter


Demikianlah Artikel Ibu Sanggup Buang Anak Kerana Kos Rawatan Tinggi beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Ibu Sanggup Buang Anak Kerana Kos Rawatan Tinggi beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu Sanggup Buang Anak Kerana Kos Rawatan Tinggi beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/ibu-sanggup-buang-anak-kerana-kos.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :