Ihya Ramadan: TNB Rai Penduduk Kg. Labohan Dagang beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ihya Ramadan: TNB Rai Penduduk Kg. Labohan Dagang beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Info Malay,
Artikel Malay News,
Artikel Malay Terkini,
Artikel Politik,
Artikel Trending,
Artikel Video,
Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.
Ihya Ramadan: TNB Rai Penduduk Kg. Labohan Dagang beritamalay3.blogspot.com
BANTING – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan penduduk Kampung Labohan Dagang, di sini malam tadi menerusi program ‘Ihya Ramadan’ peringkat Selangor sebagai usaha berterusan syarikat utiliti terbesar itu dalam mendekati pengguna perkhidmatannya.
Naib Presiden Bahagian Usaha Tenaga TNB Datuk Nor Azman Mufti berkata program tahunan itu kali ini memilih Kampung Labohan Dagang susulan pembangunan projek solar terbesar negara di lokasi itu yang sedang dilaksanakan sejak 1 Jun lepas.
“Projek solar berkeupayaan 50 megawatt itu dibangunkan di tanah TNB seluas 97.12 hektar di kampung ini yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Maka bersempena Ramadan, kita mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan penduduk di sini.
“Dengan pembangunan projek ini juga, ia kelak akan mewujudkan limpahan ekonomi sampingan kepada penduduk sekitar, malah bakal menyediakan peluang pekerjaan menerusi kontraktor-kontraktor yang telah kita pilih,” katanya kepada Bernama di sini.
Program anjuran TNB Selangor dengan usaha sama Bahagian Usaha Tenaga TNB yang bertempat di Masjid Al-Mutmainnah itu dihadiri kira-kira 200 penduduk setempat.
Pada program tersebut, TNB turut menyalurkan sumbangan kepada 75 penerima terdiri daripada anak yatim, golongan asnaf, ibu tunggal dan mualaf sebagai persediaan menyambut Aidilfitri selain bantuan wang tunai kepada dua rumah anak yatim di sekitar Labohan Dagang dan masjid berkenaan.
Tambahnya, TNB juga menyarankan kontraktor yang dilantik supaya mengutamakan kemahiran penduduk tempatan untuk menjadi tenaga kerja sepanjang tempoh pembangunan projek tersebut. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVK85f
Demikianlah Artikel Ihya Ramadan: TNB Rai Penduduk Kg. Labohan Dagang beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Ihya Ramadan: TNB Rai Penduduk Kg. Labohan Dagang beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ihya Ramadan: TNB Rai Penduduk Kg. Labohan Dagang beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/ihya-ramadan-tnb-rai-penduduk-kg.html