Inilah Jawapan Doa Saya, 'Asiah Redha, Syahid Dah Tak Sakit Dah' beritamalay3.blogspot.com

Inilah Jawapan Doa Saya, 'Asiah Redha, Syahid Dah Tak Sakit Dah' beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Inilah Jawapan Doa Saya, 'Asiah Redha, Syahid Dah Tak Sakit Dah' beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inilah Jawapan Doa Saya, 'Asiah Redha, Syahid Dah Tak Sakit Dah' beritamalay3.blogspot.com
link : Inilah Jawapan Doa Saya, 'Asiah Redha, Syahid Dah Tak Sakit Dah' beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Inilah Jawapan Doa Saya, 'Asiah Redha, Syahid Dah Tak Sakit Dah' beritamalay3.blogspot.com

Muhammad Syahid, 4 tahun, permata hati sulung anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan Che Osman, 33 telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Anak kecil ini menghembuskan nafas terakhirnya sekitar 7.20 pagi semalam akibat penyakit kanser limfoma. Anak kecil ini dimasukkan ke HKL sekitar Februari lalu selepas menjalani rawatan awal di Pusat Perubatan KPJ Damansara dan Hospital Sungai Buloh Selangor awal tahun ini.

Perkongsian hati rakan Bazli, Puan Zuriyati Isa begitu menyentuh hati. Wanita ini pernah bekerja di Hijjaz Records Sdn. Bhd. dan menguruskan kumpulan nasjid Hijjaz, Inteam, UNIC dan Mestica. Selepas Bazli mengahwini isterinya, Asiah Abu Bakar, persahabatan antaranya dengan isteri Bazli mula terjali.

Alhamdulillah.

Syahid sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Tenang sahaja Bazli Hazwan Unic dan Asiah Abu Bakar menerima pemergian Syahid.

"Asiah redha, Kak. Asiah lega. Syahid dah tak sakit dah."

Kata Bai, "Keadaan kesihatan Syahid makin drop sejak awal Ramadhan. Dua hari lepas, saya balik ke rumah. Tengok Syahid sakit macam tu, saya berdoa pada Allah untuk berikan apa yang terbaik pada Syahid. Inilah jawapan doa saya tu."

Bai dan Asiah memangku sendiri Syahid sewaktu dibawa ke tanah perkuburan. Bazli sendiri juga yang meletakkan Bintang Syurga itu di dalam liang lahat. Ditatapnya puas sebelum kembali naik ke atas.

Sekuat mana pun mereka, tetap menitik juga air mata Bazli dan kami semua sewaktu ucapan akhirnya.

IM Fakhrul yang memberikan tazkirah kematian sebelum itu, awal-awal lagi dah menangis. Allah... Saya teringat sungguh pada anak-anak sendiri.

Kata IM Fakhrul, "Syahid anak syurga. Tidak perlu ditalkinkan. Sebaliknya, kita inilah yang perlu ditalkinkan."

Huhuhu...

Selain keluarga, hampir semua Sahabat Munsyid ada tadi. Hijjaz, Rabbani, Inteam, UNIC (sudah semestinya), Ustaz Farihin, ustaz Dinie, Achey GGV pun ada. Elliyin Rasif (Elle) dan Zada juga ada. Ramai lagi. Cuma tak elok pula berselfie atau berwefie ketika menziarahi kematian.

Teringat kata-kata arwah mak.

"Ada dua majlis yang akan menghimpunkan semua saudara dan sahabat handai. Majlis kahwin dan majlis pengebumian. Satu majlis, kita tak sesuai bersedih, walaupun sedang sedih. Satu lagi majlis, kita tak sesuai bergembira, walaupun sedang gembira."

Umur Syahid 4 tahun. Kematian sudah menjemputnya. Sedangkan kematian akan menjemput kita semua.

"Kematian adalah perkara paling dekat dengan manusia."

Syahid bintang syurga. Tiada lagi kesakitan di sana. Syahid tak perlu lagi terlantar dan takut doktor atau nurse cucuk Syahid.

Selepas enam bulan lemah melawan sakit, Syahid sudah bebas bermain dan berlari ke sana ke mari dengan gembira sementara menanti waktu menarik tangan ibu dan ayah Syahid masuk ke dalam syurga.

InsyaAllah.

Terima kasih, Tuan Ah Fad (Raihan) atas keizinan menggunakan gambar-gambar yang diambil di liang lahat dan di dalam masjid.

Sumber/Foto: Facebook Zuryati Isa via Mingguan Wanita



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCNqvG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Inilah Jawapan Doa Saya, 'Asiah Redha, Syahid Dah Tak Sakit Dah' beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Inilah Jawapan Doa Saya, 'Asiah Redha, Syahid Dah Tak Sakit Dah' beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inilah Jawapan Doa Saya, 'Asiah Redha, Syahid Dah Tak Sakit Dah' beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/inilah-jawapan-doa-saya-asiah-redha.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :