Judul : Isa memangku jawatan Pengerusi SPAD beritamalay3.blogspot.com
link : Isa memangku jawatan Pengerusi SPAD beritamalay3.blogspot.com
Isa memangku jawatan Pengerusi SPAD beritamalay3.blogspot.com
BEKAS Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah bertemu dengan Isa dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pagi tadi bagi membincangkan masa depan FGV dan peranan Isa dalam syarikat itu.
“Beliau (Isa) rela hati untuk lepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV dan tempatnya pula digantikan Sulaiman.
“Bagi menghargai Isa, saya setuju melantiknya sebagai pemangku Pengerusi SPAD," katanya.
Menurutnya, tindakan dalaman juga akan diambil untuk menentukan proses keadilan terhadap apa yang berlaku kepada Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad dan tiga yang lain sebelum ini.
Najib berkata, Lembaga Pengarah FGV akan membuat keputusan yang mencerminkan hasrat kerajaan untuk meletakkan FGV lebih kukuh pada masa depan.
Najib sebelum itu mengesahkan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai pemangku Pengerusi FGV berkuat kuasa serta merta.
Sulaiman sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas FGV dan Pengerusi Telekom Malaysia (TM) selain Pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.
Beliau juga adalah Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Abdul Razak dengan mengajar bidang Ekonomi dan Dasar Awam.
Sulaiman berkelulusan Ekonomi dari UM menyambung pengajian di University of London.
Beliau menyempurnakan pengajian doktor falsafah (PhD) di Maxwell School of Citizenship dan Public Affairs di Syracuse University, Amerika Syarikat pada awal 1986.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNQOoI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Isa memangku jawatan Pengerusi SPAD beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Isa memangku jawatan Pengerusi SPAD beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/isa-memangku-jawatan-pengerusi-spad.html