Judul : “Jangan Kaitkan Dengan Saya.” – Datuk AC Mizal beritamalay3.blogspot.com
link : “Jangan Kaitkan Dengan Saya.” – Datuk AC Mizal beritamalay3.blogspot.com
“Jangan Kaitkan Dengan Saya.” – Datuk AC Mizal beritamalay3.blogspot.com
Sudah letak jawatan dua tahun lalu. (Gambar: Instagram @emyliadac)
Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal memberi amaran supaya beliau tidak dikaitkan dengan skim piramid Mface Club yang dilumpuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) bersama lima agensi lain baru-baru ini.
Pengacara Maharaja Lawak Mega ini memberitahu Rojak Daily Kaw! beliau sudah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Jaringan Sosial Mface dua tahun lalu selepas menyedari ada perkara yang tidak kena di sebalik penubuhan laman sosial itu.
“Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang.
“Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka,”tegas pelakon, penyanyi dan pengacara berusia 45 tahun ini.
Ditanya apakah reaksinya tatkala membaca berita mengenai pembekuan skim piramid itu, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Mazlan dalam drama bersiri Gerak Khas itu berkata, beliau tidak terkejut kerana sudah dapat mengagak perkara berkenaan pasti berlaku.
Dalam operasi berkenaan, KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Pejabat Peguam Negara membekukan 91 akaun bank bernilai RM177 juta milik skim piramid yang bertapak di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur atas kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrBWJy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel “Jangan Kaitkan Dengan Saya.” – Datuk AC Mizal beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel “Jangan Kaitkan Dengan Saya.” – Datuk AC Mizal beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/jangan-kaitkan-dengan-saya-datuk-ac.html