JBPM Kedah Keluar 200 Notis Pelbagai Kesalahan beritamalay3.blogspot.com

JBPM Kedah Keluar 200 Notis Pelbagai Kesalahan beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk JBPM Kedah Keluar 200 Notis Pelbagai Kesalahan beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JBPM Kedah Keluar 200 Notis Pelbagai Kesalahan beritamalay3.blogspot.com
link : JBPM Kedah Keluar 200 Notis Pelbagai Kesalahan beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


JBPM Kedah Keluar 200 Notis Pelbagai Kesalahan beritamalay3.blogspot.com

ALOR SETAR – Sebanyak 200 notis pelbagai kesalahan berkaitan aspek keselamatan kebakaran telah dikeluarkan daripada 268 premis pelbagai jenis di seluruh Kedah, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah (JBPM) Kedah Abdul Razak Muda berkata, antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah menghalang pintu kecemasan dengan meletakkan barangan seperti stok jualan dan menggantung iklan di alat penyembur air automatik.

“Dari jumlah pemeriksaan dan notis yang dikeluarkan menunjukkan masih kurangnya kesedaran oleh pemilik premis tentang aspek keselamatan kebakaran.

“Setiap pusat beli-belah mahupun mana-mana premis perniagaan perlu memastikan aspek keselamatan kebakaran dipatuhi bagi memastikan keselamatan pengunjung dilindungi terutamanya ketika berlaku kebakaran,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pemeriksaan Pusat Membeli Belah Sempena Op Raya 2017 di Alor Setar Mall, hari ini.

Sehubungan itu Abdul Razak berkata, pengunjung pusat beli-belah atau mana-mana premis perniagaan disaran membuat laporan kepada JBPM Kedah sekiranya mendapati pusat tersebut tidak mematuhi aspek keselamatan kebakaran.

​​​​​​​”Pengunjung perlu memastikan premis yang mereka kunjungi dilengkapi dengan pintu kecemasan dan sekiranya tiada mereka boleh melaporkan kepada kita bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pemilik premis,” katanya.

Katanya Op Raya yang dilancarkan hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan kepada orang awam tentang kepentingan penjagaan keselamatan diri serta harta benda dalam aspek pencegahan kebakaran di pusat beli-belah.

“Ramai yang masih memandang remeh tentang kepentingan isu pencegahan dan keselamatan kebakaran dan ini boleh dilihat pada 2016, terdapat empat kebakaran direkodkan di pusat membeli belah iaitu di Aman Central, SK Mall Alor Mengkudu, Sentosa Plaza dan SP Plaza manakala satu kebakaran direkodkan di Parkson Ria, Sungai Petani pada 2017,” katanya.

Sebanyak 111 pusat beli-belah di seluruh negeri diperiksa sepanjang Op Raya bagi memantau sistem keselamatan berada dalam keadaan baik, selain menguatkuasakan peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) berkaitan Penghapusan Bahaya Kebakaran. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYe7vo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel JBPM Kedah Keluar 200 Notis Pelbagai Kesalahan beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel JBPM Kedah Keluar 200 Notis Pelbagai Kesalahan beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JBPM Kedah Keluar 200 Notis Pelbagai Kesalahan beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/jbpm-kedah-keluar-200-notis-pelbagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :