JBPM Kelantan Bakal Terima 4 Balai Bomba Baharu beritamalay3.blogspot.com

JBPM Kelantan Bakal Terima 4 Balai Bomba Baharu beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk JBPM Kelantan Bakal Terima 4 Balai Bomba Baharu beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JBPM Kelantan Bakal Terima 4 Balai Bomba Baharu beritamalay3.blogspot.com
link : JBPM Kelantan Bakal Terima 4 Balai Bomba Baharu beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


JBPM Kelantan Bakal Terima 4 Balai Bomba Baharu beritamalay3.blogspot.com

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bakal menerima empat buah lagi balai bomba baharu iaitu di Kuala Krai, Dabong (di jajahan Kuala Krai), Wakaf Bharu di Tumpat dan Tok Bali di Pasir Puteh selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata penambahan empat buah balai itu akan menjadikan keseluruhan balai bomba yang terdapat di negeri ini adalah sebanyak 21 buah.

Projek pembinaan empat balai bomba itu adalah projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang menelan belanja sebanyak RM10 juta, katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama anggota JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.

Wan Mohd Nor berkata kesemua balai bomba itu sekarang dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

“Kita yakin dengan penambahan balai bomba ini, ia dapat membantu bomba dalam menjalankan tugas membantu memadamkan kebakaran dengan lebih sempurna serta memendekkan tempoh respons anggota yang bertugas, ” katanya.

Beliau berkata lagi banyak balai bomba maka lagi cepat anggota dapat tiba di sesuatu lokasi kebakaran untuk memadamkan api atau menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada musnah.

Mengenai penambahan anggota, beliau berkata perkara itu masih dalam perbincangan tetapi JBPM kini membuat perancangan iaitu memindahkan kalangan anggota sedia ada ke balai baharu selain menambah perjawatan dalam bomba bantuan.

Mengenai tempoh respons, Wan Mohd Nor berkata setakat ini beliau amat berpuas hati malah kesemua balai bomba menunjukkan satu tindak balas yang baik dan cepat tiba di lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

Katanya, sebenarnya setiap panggilan akan sampai ke Bilik Gerakan dan semua balai bomba dapat menerimanya dan memberikan tindak balas.

“Seperti dalam kejadian kemalangan yang meragut nyawa tujuh pelajar tahfiz di Kampung Telekong, Kuala Krai semalam, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang tiba dalam tempoh 15 minit selepas menerima maklumat.

“Meskipun berlaku di Kuala Krai tetapi pasukan yang paling dekat berada akan segera memberikan maklum balas dan berkejar ke lokasi. Apa yang mustahak anggota bomba pasti akan tiba di lokasi dan memberikan bantuan kepada mangsa, ” katanya yang turut melawat lokasi kemalangan berkenaan semalam. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qLM0A8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel JBPM Kelantan Bakal Terima 4 Balai Bomba Baharu beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel JBPM Kelantan Bakal Terima 4 Balai Bomba Baharu beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JBPM Kelantan Bakal Terima 4 Balai Bomba Baharu beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/jbpm-kelantan-bakal-terima-4-balai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :