JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Untuk Pemilik Tanah beritamalay3.blogspot.com

JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Untuk Pemilik Tanah beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Untuk Pemilik Tanah beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Untuk Pemilik Tanah beritamalay3.blogspot.com
link : JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Untuk Pemilik Tanah beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Untuk Pemilik Tanah beritamalay3.blogspot.com

KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mencadangkan kerajaan pusat membina kuarters transit sebagai kemudahan tempat tinggal sementara kepada pemilik tanah yang terlibat dalam pengambilan tanah bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Pengarahnya, Ir. Amrullah Kamal berkata kaedah itu merupakan alternatif terbaik bagi pemilik tanah yang tidak mempunyai rumah lain dan memerlukan masa panjang untuk berpindah seterusnya melambatkan proses pengambilan tanah.

Beliau berkata kelewatan proses pengambilan tanah akan menjadi kekangan bagi mempercepatkan lagi projek pembinaan lebuh raya berkenaan jika tidak ditangani secara komprehensif.

“Setakat ini, kerjasama diberikan pemilik tanah adalah sangat baik dan mereka amat mengalu-alukan pembinaan lebuh raya ini. Justeru, kerajaan boleh mengambil inisiatif membina kuarters transit sebagai alternatif untuk mereka,” katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa anjuran Borneo Highway PDP (BHP) Sdn. Bhd., di sini, malam tadi.

Amrullah berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan itu kepada agensi berkaitan di peringkat pusat dan kini sedang menunggu maklum balas sama ada menerima ataupun tidak cadangan berkenaan.

“Kami sedang mendekati kerajaan untuk meminta peruntukan bagi membina rumah transit ini berjumlah 100 unit dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Amrullah juga berharap setiap pemilik tanah yang terlibat dalam pengambilan tanah di sepanjang jajaran 706km lebuh raya itu memberi kerjasama sepenuhnya dan tidak perlu gusar tentang pembayaran pampasan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Safar Untong berkata pengambilan tanah untuk projek berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah.

“Kami akan menilai tanah serta bangunan terlibat dan membayar pampasan mengikut nilai semasa tanah,” katanya, dan menambah pihaknya tiada sebarang masalah bagi tanah yang tidak mempunyai bangunan kerana mereka boleh memberi kebenaran masuk kepada kontraktor melakukan kerja pembinaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Urusan BHP, Ir Shahelmey Yahya berkata projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mempunyai 35 pakej dengan, lima pakej sedang dalam fasa pembinaan manakala 30 lagi akan ditender mulai bulan ini sehingga penghujung tahun ini.

“Jumlah keseluruhan (jajaran lebuh raya) di bawah lima pakej ini kira-kira 70km yang sedang rancak dalam pembinaan dan RM1.7 bilion jumlah kontrak setakat ini yang telah diberikan,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sz570l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Untuk Pemilik Tanah beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Untuk Pemilik Tanah beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Untuk Pemilik Tanah beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/jkr-sabah-cadang-bina-rumah-transit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :