Judul : KDN sahkan kematian Abu Afghan di Iraq beritamalay3.blogspot.com
link : KDN sahkan kematian Abu Afghan di Iraq beritamalay3.blogspot.com
KDN sahkan kematian Abu Afghan di Iraq beritamalay3.blogspot.com
Menurut beliau, Mohd Nizam, 38 tahun, yang juga dikenali sebagai Abu Afghan, terbunuh baru-baru ini, selepas kematian seorang lagi rakyat Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan menyifatkan kematian Abu Afghan, sebagai kematian pengganas yang datang dari Malaysia dan tidak akan membawa pulang jenazahnya.
BACA: Daish: Lagi rakyat Malaysia di Syria terbunuh
"Jika ada fatwa daripada mana-mana pihak mengatakan kematian pengganas-pengganas dari Malaysia ini sebagai syahid, kerajaan tidak mengiktiraf bahawa kematian-kematian itu sebagai syuhada."Ini adalah untuk mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan mengusahakan untuk membawa mayat itu pulang kerana beliau melakukan kesalahan atas risiko yang ditanggung oleh beliau sendiri," katanya.
Menurutnya, jika keluarga Mohd Nizam ingin membawa pulang jenazahnya, mereka boleh menghubungi rakan-rakannya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah Agropreneur Muda Perak 2017 di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datuk, di sini pada Isnin.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyerahkan geran RM13 juta untuk lebih 800 program Agropreneur Muda negeri Perak.
Mohd Nizam dikatakan muncul dalam video propaganda Daish pada Januari tahun lepas bersama dengan rakan militannya, Abdul Halid Dari.
Mereka menggelarkan diri sebagai ahli Katibah Nusantara (sayap Daish), dan memanggil saudara militan Katibah dari Somalia, al-Shabaab untuk menyertai kumpulan dan berada di barisan hadapan di Syria.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2serjMH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel KDN sahkan kematian Abu Afghan di Iraq beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel KDN sahkan kematian Abu Afghan di Iraq beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/kdn-sahkan-kematian-abu-afghan-di-iraq.html