Kecoh Air Banjir Pattaya Sejernih Kolam Renang beritamalay3.blogspot.com

Kecoh Air Banjir Pattaya Sejernih Kolam Renang beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kecoh Air Banjir Pattaya Sejernih Kolam Renang beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecoh Air Banjir Pattaya Sejernih Kolam Renang beritamalay3.blogspot.com
link : Kecoh Air Banjir Pattaya Sejernih Kolam Renang beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Kecoh Air Banjir Pattaya Sejernih Kolam Renang beritamalay3.blogspot.com


BANGKOK – Netizen Thailand ‘gempar’ susulan foto tular disebarkan menerusi laman Facebook South Pattaya pada 27 Mei lalu yang memaparkan suasana air banjir sejernih bak kolam renang.

Foto unik berkenaan malahan dikongsi lebih 23,000 kali dalam kalangan pengguna media sosial tempatan yang turut melahirkan rasa kagum dengan tahap ‘kebersihan’ air bah di bandar peranginan popular pelancong tersebut.



Kejernihan air banjir itu mengimbas semula peristiwa bencana alam serupa yang pernah dialami Jepun suatu ketika dahulu apabila rakyat negara matahari terbit berkenaan ‘kecoh’ mendapati suasana bah yang cukup tenang bersih!

Keadaan tersebut yang turut menyaksikan sejumlah ikan dapat bebas berenang dalam air banjir sehingga menjadi tajuk berita utama di Jepun sementelahan negara itu memang pun cukup terkenal dengan imej kebersihannya.


Bagaimanapun, cerita kejernihan berkenaan rupa-rupanya adalah tidak benar sama sekali apabila media Thailand mendedahkan gambar sebenar suasana banjir di Pattaya dengan air berwarna keruh akibat limpahan lumpur.

Terbukti gambar tular memaparkan kebersihan air bah di bandar tersebut adalah hasil teknik suntingan kreatif individu tidak bertanggungjawab yang mungkin mahu mencetuskan suasana jenaka dalam kalangan netizen sendiri.



Pattaya yang terletak hanya 148 kilometer dari ibu kota Bangkok atau dua jam pemanduan kereta, sering dilanda bah jika hujan lebat turun agak lama sehingga jalan raya boleh tenggelam dengan mencecah paras 50 sentimeter.

Namun, bayangkanlah jika air banjir berkenaan memang sejernih kolam renang, mungkin akan lain pula ceritanya apabila orang ramai mengambil peluang ‘berpesta’ di kawasan tersebut pula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Demikianlah Artikel Kecoh Air Banjir Pattaya Sejernih Kolam Renang beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Kecoh Air Banjir Pattaya Sejernih Kolam Renang beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecoh Air Banjir Pattaya Sejernih Kolam Renang beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/kecoh-air-banjir-pattaya-sejernih-kolam_42.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :