KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel ‘Beras Plastik’ beritamalay3.blogspot.com

KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel ‘Beras Plastik’ beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel ‘Beras Plastik’ beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel ‘Beras Plastik’ beritamalay3.blogspot.com
link : KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel ‘Beras Plastik’ beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel ‘Beras Plastik’ beritamalay3.blogspot.com


JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah hantar tiga sampel beras yang didakwa sebagai ‘beras plastik’ dari sebuah pasar raya di Kulai ke Jabatan Kimia.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat berkata pihaknya telah membuat tinjauan ke pasar raya itu pada 7 Jun lepas dan mengarahkan agar produk tersebut tidak dijual kepada pengguna.

“Keputusan daripada sampel tersebut akan dikeluarkan secepat mungkin. Sekiranya benar produk tersebut mengandungi plastik, kita akan ambil langkah susulan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehingga kini, pihaknya hanya menerima satu laporan berkaitan kes ‘beras plastik’ ini dan akan mengambil tindakan sama sekiranya terdapat aduan lain.

Beliau berkata, kes tersebut dilaporkan berlaku di Kulai dan sebarang tindakan larangan jualan hanya boleh diambil sekiranya memperolehi bukti yang kukuh.

“Produk beras tersebut dialamatkan di Kedah, jadi kita meminta bantuan daripada KPDNKK cawangan Kedah bagi membantu menentukan kesahihan produk berkenaan,” kata Aris.

Terdahulu, isu ‘beras plastik’ ini tular selepas seorang lelaki membuat laporan polis apabila mendapati beras yang dibelinya sukar untuk dikunyah.

Lelaki itu, P. Bhaskaran, 61, juga mendakwa telah bertindak membakar beras berkenaan dan mendapati ia mengeluarkan bau seperti plastik.

Menurutnya, dia membeli beras 5 kilogram itu di sebuah pasar raya di Kulai pada harga RM21.85. – BERNAMA


Demikianlah Artikel KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel ‘Beras Plastik’ beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel ‘Beras Plastik’ beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPDNKK Tunggu Keputusan Sampel ‘Beras Plastik’ beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/kpdnkk-tunggu-keputusan-sampel-beras_10.html

Subscribe to receive free email updates: