Judul : Lakukan Hubungan Intim Pada Bulan Puasa Juga Satu Ibadah! Rugi Jika Anggap Satu Beban beritamalay3.blogspot.com
link : Lakukan Hubungan Intim Pada Bulan Puasa Juga Satu Ibadah! Rugi Jika Anggap Satu Beban beritamalay3.blogspot.com
Lakukan Hubungan Intim Pada Bulan Puasa Juga Satu Ibadah! Rugi Jika Anggap Satu Beban beritamalay3.blogspot.com
Lakukan Hubungan Intim Pada Bulan Puasa Juga Satu Ibadah! Rugi Jika Anggap Satu Beban
Bulan Ramadan adalah bulan seribu rahmat dan penuh keberkatan. Namun dalam melipat gandakan amalan di bulan yang mulia ini, bulan puasa bukanlah halangan dalam mengehadkan aktiviti seksual bersama pasangan tersayang.Ia tetap boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan.Apa yang penting, harus bijak memanfaatkan peluang dan keterbatasan waktu yang ada.
1. Jangan jadikan sebagai satu beban
Ramai menganggap melakukan hubungan intim di bulan puasa seperti menjadi beban buat anda terutama isteri. Apatah lagi dalam masa sama perlu menyediakan hidangan berbuka dan bersahur. Pastinya anda tidak mempunyai masa tidur yang cukup. Namun janganlah kerana itu anda menolak hubungan intim kerana ia juga boleh membuatkan hubungan anda dan pasangan renggang disebabkan masalah ini.
2. Senang hati
Tidak salah melakukan hubungan seks di bulan Ramadan. Anda tidak perlu merasa bersalah kerana ia juga adalah pahala kerana melayan kehendak suami. Justeru lakukan ia dengan rasa senang hati bagi menunaikan kewajipan seorang isteri. Jangan sesekali anda merasa terpaksa untuk melakukannya misalnya suami mahu dan anda tidak. Kesannya mungkin anda akan merasa sakit dan tidak puas sepenuhnya.
3. Cari waktu bersesuaian
Anda dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks. Boleh memilih sama ada selepas berbuka dan sementara menunggu waktu isyak. Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna bagi suami anda yang tentunya menahan diri sepanjang hari untuk mendekati anda. Atau boleh dilakukan selepas terawih hingga sebelum bersahur. Masanya agak panjang dan nikmatinya dengan sepuas-puasnya.
4. Lakukan seks kilat
Anda perlu manfaatkan masa yang ada dengan melakukannya sebaik mungkin. Jika kebiasaannya anda mampu melakukan hubungan seks selama dua atau tiga jam, jadi untuk bulan puasa lakukanlah dengan kadar segera dan cepat. Kadangkala seks kilat yang dilakukan lebih terasa kenikmatannya. Apa yang penting seks tetap dapat dilakukan di bulan puasa biarpun melakukannya secara pantas.
5. Mandi bersama
Pelbagai cara hubungan seks boleh dilakukan ketika di bulan puasa dalam keadaan yang singkat. Selain seks kilat, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi bersama dengan pasangan. Ia boleh dilakukan sebaik berbuka puasa sebelum anda bersembahyang isyak. Gunakan sebaiknya waktu mandi bersama ini dengan saling membelai pasangan untuk merasai lebih kenikmatan.
6. Dapatkan rehat secukupnya
Anda dan pasangan juga dinasihatkan rehat secukupnya sebelum melakukan hubungan ketika di bulan puasa. Mungkin anda boleh tidur selepas sembahyang terawih dan bangun ketika dinihari untuk melakukan hubungan intim ini. Jika kedua-duanya mendapat rehat yang cukup, pastinya bertenaga untuk melakukan hubungan seks dan juga berpuasa di siang hari.
7. Jaga stamina
Anda juga diingatkan agar menjaga stamina tubuh badan dengan mengamalkan cara pengambilan diet yang bersesuaian. Janganlah mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana dikhuatiri tidak bertenaga untuk melakukan hubungan intim pada malam hari. Ambilah makanan secara sederhana agar tetap bertenaga melakukan hubungan intim selepas berbuka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s0G5Hh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Lakukan Hubungan Intim Pada Bulan Puasa Juga Satu Ibadah! Rugi Jika Anggap Satu Beban beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Lakukan Hubungan Intim Pada Bulan Puasa Juga Satu Ibadah! Rugi Jika Anggap Satu Beban beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/lakukan-hubungan-intim-pada-bulan-puasa.html