Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura beritamalay3.blogspot.com

Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura beritamalay3.blogspot.com
link : Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura beritamalay3.blogspot.com

SINGAPURA – Kelibat babi hutan berkeliaran di republik kecil ini bukan lagi pemandangan biasa bahkan jumlahnya makin bertambah setiap tahun hingga mencetuskan kebimbangan penduduk.

Terbaharu, satu rakaman video amatur tersebar tular menerusi media sosial tempatan pada lewat Rabu lalu yang menunjukkan sekumpulan babi liar dari semak berdekatan ceria berkeliaran bebas di hentian bas Tuas di sini.

Video itu dimuat naik melalui laman Facebook dikenali Our Singapore pada jam 9 malam yang sudah ditonton lebih sejuta kali selain menerima lebih 28,000 perkongsian serta kira-kira 2,000 komen dan lebih 4,000 tanda suka.

Rakaman tersebut jelas menunjukkan sekitar lebih 20 ekor haiwan spesies najis berat atau mughallazah itu, yang kelihatan mundar-mandir menunggu makanan di depan kantin Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan.

Haiwan itu juga kelihatan mengekori seorang lelaki yang sedang menolak troli ke sebuah vannya manakala beberapa pelanggan berada di kantin tersebut kelihatan terpinga-pinga melihat babi berkenaan ‘merayu’ ihsan makanan.

Video berdurasi selama 2 minit 29 saat itu nyata menerima kritikan ramai netizen Singapura yang menyifatkan senario tersebut berlaku disebabkan sikap penduduk suka memberi makan kepada babi hutan tanpa kawalan.

Pada 2012, seekor babi hutan dilihat berkeliaran di kawasan semak dekat dengan kantin tersebut. Secara kebetulan ia terletak berhampiran lebuh raya sebelah hutan berpaya Sungai Selolo dan padang golf Raffles Country Club.

Awal tahun ini, Penguasa Agro-Makanan dan Veterinar (AVA) menyatakan ia menerima 140 maklum balas mengenai babi hutan liar pada tahun lalu – berbanding cuma 80 kes pada 2015 dan 30 pada tahun sebelumnya.

Pihak AVA menasihati orang ramai supaya menjauhkan diri daripada babi hutan kerana haiwan itu boleh dianggap berbahaya serta jangan memberi makanan kerana langkah tersebut menggalakkan ia kembali ke tempat sama.

Di Singapura, haiwan itu lazimnya boleh mencecah berat 100 kilogram dengan jangka hayat hampir 20 tahun, manakala si betina boleh melahirkan sehingga lapan ekor anak sepanjang tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t4FC4B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/lebih-20-babi-hutan-serbu-hentian-bas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :