Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR beritamalay3.blogspot.com

Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR beritamalay3.blogspot.com
link : Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR beritamalay3.blogspot.com

Oleh Ainor Rahim
 Post Pic
SHAH ALAM: PKR tidak pernah menghalang rakan parti komponen dalam Pakatan harapan untuk bersuara mengenai isu barisan kepimpinan parti itu.
 
Namun Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menegaskan, sebaiknya parti komponen PH yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lebih fokus kepada gerak gempur untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Ini kerana katanya, sudah tiba waktu untuk PH bekerja menggembleng usaha kepada strategi pilihanraya.
 
"Saya menganggap bahawa kita patut hentikan isu kepimpinan dalam PH. Pemimpin parti masing-masing untuk gerak gempur yang intensif dalam PRU nanti. Selagi kita ikut, maka okay.
 
"Jadi lebih kurang bercakap lagi banyak kerja kita buat lebih baik. Sekarang ini masa untuk bekerja. Siapa nak jadi pemimpin kita tunggulah lepas pilihanraya.
 
"Tetapi ini tidak bermakna saya dan parti saya tidak boleh menyekat orang lain buat komen-komen tertentu. Itu hak mereka. Walaubagaimanapun sewajarnya kita menumpukan perhatian pada pilihanraya," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Mengulas lanjut, beliau turut menyeru PH untuk kembali kepada asas perjuangan gabungan tersebut iaitu prinsip satu-lawan-satu dalam usaha untuk menumbangkan Umno-BN pada PRU14 nanti.
 
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungai Petani turut berpendapat cadangan PPBM supaya jawatan Pengerusi PH untuk diisi Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad adalah berikutan parti serpihan Umno itu merasakan mempunyai peluang cerah untuk menang. 
 
PPBM ialah sebuah parti yang baru. Mungkin ahli dan anggota jadi sebagai parti yang baru sudah tentu mereka teruja. Amat teruja untuk memasuki pilihanraya. Itu yang pertama. 
 
Yang keduanya, sebagai parti baru yang dipimpin oleh Tun. Mereka berasa mereka mempunyai peluang untuk menang dalam pilihanraya," ujarnya lagi.
 
PPBM hari ini menafikan ia cuba mendominasi PH dengan menuntut jawatan tertinggi presiden dan pengerusi gabungan itu, sebaliknya berkata bersedia berkompromi melalui perbincangan dengan tiga rakan komponen lain.
 
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor berkata parti itu kini hanya mencadangkan agar jawatan pengerusi PH diberikan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata gabungan itu terpaksa menunda tarikh pendaftarannya sehingga selesai beberapa keputusan menyentuh struktur organisasi.
 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu lalu membuat kejutan apabila mengumumkan beliau tidak akan menawarkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri jika PH menang pada PRU14.
 
Anwar juga menerusi kenyataan tersebut melahirkan kebimbangannya terhadap penguasaan PPBM ke dalam PH, selain mahu jawatan pengerusi hanya bertindak sebagai penyelaras.
 
PH sehingga kini gagal memuktamadkan barisan kepimpinannya, dikatakan berpunca daripada beberapa cadangan yang berbeza dari setiap parti



Demikianlah Artikel Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih baik fokus strategi PRU14 berbanding calon PM - PKR beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/lebih-baik-fokus-strategi-pru14.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :