Judul : Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia beritamalay3.blogspot.com
link : Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia beritamalay3.blogspot.com
Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia beritamalay3.blogspot.com
WARTAWAN TV Alhijrah, Syafiq Azman memaklumkan, kejadian letupan bom tidak jauh dari kawasan penginapan misi bantuan kemanusian Malaysia di Mogadishu mencetuskan rasa panik.
“Bom meletup sekitar 8.30 pagi. Dentuman yang kuat dan rasanya sangat dekat dengan hotel penginapan,” katanya melalui pesanan Whatsapp.
“Kami agak panik kerana bunyi letupan seperti di luar hotel. Namun, kemudian dimaklumkan jarak kejadian serangan bom kereta agak jauh sedikit dari hotel penginapan,” katanya.
Menurut Syafiq, kejadian serangan bom itu berjaya dipintas Tentera Somalia. Penyerang lari meninggalkan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan apabila dikejar pasukan bersenjata.
“Bom diletupkan pihak tentera tidak lama kemudian. Cuma tidak pasti bagaimana cara ia diletupkan,” katanya.
Sejak kejayaan Tentera Kesatuan Afrika (AU) menghalau militia Al Shabab keluar dari Mogadishu tiga tahun lalu, siri serangan hendap penembak curi, serta serangan bom kereta dan pengebom bunuh diri menjadi ancaman berulang sekitar Mogadishu.
“Pekerja hotel nampak tidak panik. Letupan bom dan kejadian tembak menembak satu keadaan biasa sejak 1991,” kata Syafiq.
Syafiq menyertai misi bersama empat aktivis Islamic Relief Malaysia (IRM) yang meninjau secara dekat keperluan enam juta mangsa kebuluran di Somalia.
IRM pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, akam berada di Mogadishu hingga 6 Jun ini dalam misi mengagihkan dana kutipan Tabung Rayuan Afrika Timur sumbangan rakyat Malaysia.
Selain enam juta penduduk Somalia yang kebuluran, IRM turut membantu 12 juta lagi penduduk majoriti Islam yang turut dilanda krisis kebuluran di Sudan, Ethiopia dan Kenya.
“Selepas serangan bom pada awal pagi, satu siri pertempuran senjata turut mengejutkan kami. Bunyi berbalas tembakan kedengaran pada sebelah malam. Ia lebih hampir dengan hotel,” katanya.
Misi TV Alhijrah dan IRM turut menumpukan laporan media bagi Berita Alhijrah setiap 8.00 malam. Kempen ini bagi membolehkan rakyat Malaysia melihat secara dekat krisis kebuluran di Afrika.
IRM melancarkan Tabung Rayuan Afrika Timur mulai April lalu. Derma bagi membantu 18 juta mangsa kebuluran boleh disalurkan ke akaun yang disiarkan.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qOTYIZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Letupan Bom Kereta Gemparkan Misi Malaysia beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/letupan-bom-kereta-gemparkan-misi.html