Judul : Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot beritamalay3.blogspot.com
link : Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot beritamalay3.blogspot.com
Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot beritamalay3.blogspot.com
Lubnan mengharamkan penyiaran filem blockbuster Hollywood ‘Wonder Woman’ kerana pelakon utamanya Gal Gadot pernah berkhidmat sebagai tentera rejim Zionis. Keputusan itu mencetuskan debat hangat di media sosial dengan segelintir rakyat menyelar pengharaman manakala sebahagian lain memujinya sebagai menunjukkan pendirian dalam kempen memencilkan Israel.
Akibatnya, poster promosi filem Wonder Woman di Beirut terpaksa diturunkan serta-merta. Seorang pegawai Keselamatan Awam Lubnan memberitahu AFP, kementerian dalam negeri memutuskan ‘melarang penyiaran filem ini berdasarkan saranan Pejabat Boikot Israel Liga Arab.’
Tidak kurang yang mengkritik keputusan itu. Seorang blogger, Elie Fares menuduh kerajaan tidak konsisten kerana pernah menyiarkan filem lakonan Gal di Lubnan sebelum ini.
Setakat ini, Lubnan satu-satunya negara Arab mengharamkan Wonder Woman yang akan ditayangkan di Mesir, Algeria serta Tunisa lewat bulan ini.
Lubnan dan Israel secara teknikal masih berperang dan Liga Arab mengekalkan pejabatnya di Damsyik yang bertanggungjawab menyelaraskan pemulauan terhadap negara Yahudi itu di peringkat serantau.
Kementerian ekonomi dan kebudayaan Lubnan yang memantau pemulauan terhadap produk Israel di dalam negara menyarankan filem itu diharamkan selepas memohon pejabat Liga Arab mengeluarkan perintah seumpama itu terhadap semua filem lakonan pelakon berusia 32 tahun itu.
Gal yang seperti kebanyakan golongan muda Israel diwajibkan menyertai program kerahan tenaga dan pernah menyuarakan sokongan terhadap tindakan Israel menyerang Hamas di Semenanjung Gaza.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suL67E
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lubnan Haramkan Wonder Woman Kerana Gal Gadot beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/lubnan-haramkan-wonder-woman-kerana-gal.html