Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? beritamalay3.blogspot.com

Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? beritamalay3.blogspot.com
link : Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? beritamalay3.blogspot.com


JIKA sebelum ini kecoh apabila ada pihak mahu mengadakan perarakan kesedaran mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Universiti Taylor, Petaling Jaya pada awal Jun lalu.

Acara tersebut terpaksa dibatalkan susulan bantahan orang ramai dengan alasan acara itu berlangsung pada bulan Ramadan.

Kali ini, satu lagi program yang didakwa mempunyai kaitan dengan LGBT iaitu majlis berbuka puasa membabitkan golongan gay dikatakan terbesar di Malaysia.

Sebuah blog, Menara.my melaporkan, Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun lalu.

Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat peguam di Bangsar.

Numan yang juga alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP, nyata teruja dengan kehadiran ramai pendukung gerakan LGBT tempatan. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan.

Difahamkan, program berbuka puasa itu turut dihadiri mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempen, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.

Program tersebut turut menayangkan filem berlatar belakangkan perjuangan gay dan bacaan puisi.


Sementara itu, menerusi Twitter Pelangi Campaign, badan bukan kerajaan (NGO) itu mengadakan hari memperingati pengamal LBGT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 29 Jun tahun lalu.

Pada posting yang bertarikh 10 Jun itu, Pelangi Campaign turut memuat naik gambar sekitar aktiviti mereka yang dinamakan sebagai ‘Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity’ termasuk mengadakan forum dan tayangan filem.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada program tersebut adalah majlis berbuka puasa untuk golongan LGBT atau hanya program memperingati mangsa korban di Orlando, Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majlis Iftar Gay Terbesar Di Malaysia? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/majlis-iftar-gay-terbesar-di-malaysia_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :