Judul : MAKAN NASI LAMA DALAM RICE COOKER MENYEBABKAN KANSER DAN KENCING MANIS?? beritamalay3.blogspot.com
link : MAKAN NASI LAMA DALAM RICE COOKER MENYEBABKAN KANSER DAN KENCING MANIS?? beritamalay3.blogspot.com
MAKAN NASI LAMA DALAM RICE COOKER MENYEBABKAN KANSER DAN KENCING MANIS?? beritamalay3.blogspot.com
Viral satu mesej drpd whatapps yg mengatakan nasi yg dipanaskan lebih daripada 12 jam mengandungi racun yang boleh menyebabkan kanser dan kencing manis.
Post tersebut seperti ini
Sebelum kita masuk ke dalam penyebab kepada kencing manis, perlulah kita tahu bahawa majoriti karbohidrat ataupun jenis gula yang terdapat di dalam nasi adalah berbentuk kanji(starch). Ia juga boleh digelarkan sebagai karbohidrat yang kompleks.
Karbohidrat kompleks bermaksud jenis gula seperti kanji ini mempunyai struktur binaan yang kompleks. Ia terdiri daripada struktur amylose yang disusun secara berpilin dan juga amylopectin yang mempunyai cabang. Di antara struktur amylose dan amylopectin pula mempunyai suatu ikatan yang dipanggil sebagai ikatan hydrogen. Ikatan hydrogen inilah yang memegang struktur-struktur tersebut sehingga menjadi struktur pepejal.
Kompaun amylose yang terdiri daripada rantaian glucose yang panjang dan berpilin
Amylopectin merupakan rantain glucose yang bercabang-cabang
Sebagai tambahan juga, di dalam tumbun-tumbuhan, kanji ini disimpan di dalam granul-granul kecil. Granul ini kita ibaratkan seperti tempat simpanan yang berbentuk bulat dan didalamnya tersimpan kanji
Nasi yang dimasak
Apabila kita memasak nasi bersama dengan air, air yang berada di luar nasi akan memasuki nasi dan memutuskan ikatan hidrogen diantara stuktur amylose dan amylopectin. Ini akan membenarkan lebih banyak lagi air masuk ke dalam granul yang berada di dalam nasi tersebut.
Apabila granul bertambah besar, ada dikalangannya pecah dan mengeluarkan strukur kanji tersebut. Proses inilah yang menyebabkan air nasi kelihatan likat sebelum ia kering dan membentuk nasi.
Kerak nasi yang melekat pada periuk itu pula adalah kanji yang sudah terkeluar daripada granule dan membentuk ikatan hydrogen balik sesama mereka.
Nasi yang masak lebih daripada 12 jam mempunyai racun
Tiada lagi kajian yang mengatakan memanaskan nasi pada suhu yang rendah akan menghasilkan racun. Yang akan terhasil adalah kanji yang sudah kering dan membentuk kerak pada periuk nasi. Itupun ia tidaklah akan merubah struktur kanji tersebut kecuali dipanaskan pada suhu yang lebih tinggi
Nasi yang masak lebih daripada 12 jam menyebabkan diabetes
Tidak kira sama ada nasi itu panas ataupun sejuk, ataupun dipanaskan melebihi 12 jam, kedua-keduanya boleh menyebabkan diabetes JIKA MAKAN DENGAN BANYAK. Tetapi jikalau kita makan secara berpada-pada dan mengamalkan gaya hidup sihat, ia tidak akan menyebabkan kencing manis kepada kita.
Kemudian mesej yang viral itu pun ada menyatakan bahawa
“Nasi yang baik adalah nasi yang dimakan saat sudah dingin, bukan nasi hangat. Kerana nasi dingin memiliki kadar gula yang lebih rendah
Ini adalah sesuatu kenyataan yang salah kerana kompaun kanji di dalam nasi tidak berubah sama ada dia sejuk ataupun panas. Yang berubah mungkin adalah ikatan diantara struktur di dalam kanji itu sendiri. Tetapi tidak pada jumlah kandungan karbohidrat yang terletak di dalam nasi-nasi tersebut.
Bila kandungan gula pun sama, kedua-dua nasi tersebut tiada beza. Ia masih akan membekalkan jumlah karbohidrat yang sama kepada badan
Kesimpulan:
Nasi panas ataupun sejuk tidaklah menyebabkan kanser ataupun kencing manis jika dimakan pada kadar yang berpatutan. Panas ataupun tidak itu terpulang kepada selera seseorang
Harap maklumat ini bermanfaat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCivOK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel MAKAN NASI LAMA DALAM RICE COOKER MENYEBABKAN KANSER DAN KENCING MANIS?? beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel MAKAN NASI LAMA DALAM RICE COOKER MENYEBABKAN KANSER DAN KENCING MANIS?? beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/makan-nasi-lama-dalam-rice-cooker.html