Judul : Masa Juventus Untuk Julang Gelaran beritamalay3.blogspot.com
link : Masa Juventus Untuk Julang Gelaran beritamalay3.blogspot.com
Masa Juventus Untuk Julang Gelaran beritamalay3.blogspot.com
Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri melabelkan juara 11 kali Eropah, Real Madrid sebagai pasukan pilihan menjelang aksi final Liga Juara-Juara pada awal pagi Ahad ini. Namun Allegri berkata, skuad bimbingannya itu juga optimis untuk membawa pulang trofi paling berprestij bagi kelab-kelab di Eropah dari Cardiff ke Itali.
Masih segar dengan kejayaan menjuarai Serie A dan Piala Itali, Juventus kini sedang mengintai untuk melengkapkan kejayaan trebel pada musim ini apabila mereka berdepan kelab gergasi Sepanyol tersebut.
Dua tahun lalu, Juventus tewas 1-3 kepada Barcelona dalam perlawanan akhir di Berlin ketika Allegri membuat penampilan pertama bersama The Old Lady yang mana ia menjadi kekalahan keenam sepanjang aksi final Juventus dalam kejohanan berprestij Eropah itu.
Real yang menjulang trofi itu pada 2014 dan musim lalu, telah menewaskan musuh tradisi, Atletico Madrid untuk layak ke pentas final tahun ini. “Kami optimis tetapi agak janggal untuk saya mengatakan Juventus adalah pasukan pilihan kerana Real telah memenangi dua kali trofi Liga Juara-Juara sepanjang tiga tahun lalu.
“Real sudah biasa bermain pada perlawanan akhir seperti juga kami tetapi kami perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah pasukan pilihan,” katanya. Ketika ditanya perbandingan skuadnya ketika menentang Barcelona dan Real, Allegri mengakui skuadnya kali ini lebih mantap.
“(Pasukan ini) lebih meyakinkan sejak (tewas kepada Barcelona) di Berlin. Kami menjadi lebih kuat,” jelasnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqGVdA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Masa Juventus Untuk Julang Gelaran beritamalay3.blogspot.com
Sekianlah artikel Masa Juventus Untuk Julang Gelaran beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Masa Juventus Untuk Julang Gelaran beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/masa-juventus-untuk-julang-gelaran.html