Menteri ‘sibuk’ bagi tumpuan kepada Selangor, abai negeri lain beritamalay3.blogspot.com

Menteri ‘sibuk’ bagi tumpuan kepada Selangor, abai negeri lain beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Menteri ‘sibuk’ bagi tumpuan kepada Selangor, abai negeri lain beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri ‘sibuk’ bagi tumpuan kepada Selangor, abai negeri lain beritamalay3.blogspot.com
link : Menteri ‘sibuk’ bagi tumpuan kepada Selangor, abai negeri lain beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Menteri ‘sibuk’ bagi tumpuan kepada Selangor, abai negeri lain beritamalay3.blogspot.com

OLEH SYAZWANI SUFIAN

rumah-ppr

SHAH ALAM: Negeri lain yang memerlukan perhatian permasalahan perumahan diabaikan akibat keghairahan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar ingin menawan Selangor.

Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor, Ab Aziz Abdullah mendakwa, Tan Sri Noh Omar hanya memberi tumpuan kepada Selangor walaupun Kerajaan Negeri mempunyai program perumahan komprehensif.

Katanya, negeri lain juga perlu diberikan perhatian kerana terdapat masalah perumahan kronik.

“Janganlah akibat keghairahan untuk menawan Selangor, maka negeri lain menjadi korban.

 “Menteri dan kementerian mesti sedar bahawa negeri lain juga perlu disalurkan peruntukan khas.

Bagaimanapun, kami mendapat maklumat terlalu banyak dijanjikan menteri untuk Selangor sahaja,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan dalam laman facebook Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Aziz berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab, pihaknya melakukan turun padang ke sebuah rumah pangsa di Johor untuk membuktikan terdapat masalah serius yang perlu diberi perhatian oleh menteri.

“Rumah pangsa itu adalah Taman Megah Ria di Pasar Gudang yang terdapat 17 blok. Keadaannya amat menyedihkan dengan sampah bertimbun di dalam dan luar bangunan kerana pengurusan yang lemah,” katanya.

Oleh itu, Aziz menggesa Noh untuk turut memberi tumpuan kepada negeri lain.

“Sejak beliau dilantik sebagai menteri, Noh menumpukan masa dan perhatian beliau kepada Selangor hingga negeri lain terabai. Sedangkan negeri lain turut menghadapi masalah perumahan seperti kegagalan menguruskan rumah pangsa contohnya di Johor,” katanya.



Demikianlah Artikel Menteri ‘sibuk’ bagi tumpuan kepada Selangor, abai negeri lain beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Menteri ‘sibuk’ bagi tumpuan kepada Selangor, abai negeri lain beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri ‘sibuk’ bagi tumpuan kepada Selangor, abai negeri lain beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/menteri-sibuk-bagi-tumpuan-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :