Misi satu rumah satu huffaz beritamalay3.blogspot.com

Misi satu rumah satu huffaz beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Misi satu rumah satu huffaz beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Misi satu rumah satu huffaz beritamalay3.blogspot.com
link : Misi satu rumah satu huffaz beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Misi satu rumah satu huffaz beritamalay3.blogspot.com

Misi satu rumah satu huffaz
Zamri (tiga, kanan) bersama sebahagian kakitangan MPKB-BRI menunjukkan sokongan.


KOTA BHARU - Tema Malaysia #QuranHour ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’ selari amalan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang mengamalkan konsep 5K iaitu keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan.

Yang Dipertuanya, Datuk Zamri Ismail berkata, usaha itu juga mampu melahirkan warga kota dan anak bandar berpengetahuan khususnya dalam bacaan, pengertian dan penghayatan al-Quran.

“MPKB-BRI sokong program Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung pada 24 Ramadan ini selaras dengan apa diamalkan dalam Kota Bharu Bandaraya Islam iaitu keilmuan berdasarkan kepada al-Quran.

“Apabila masyarakat kita berilmu, ia percepatkan apa  ingin kita laksanakan, malah penghayatan al-Quran itu bukan sekadar tafsir sahaja, sebaliknya MPKB-BRI mahu keilmuan itu benar-benar diamalkan dengan memulakan perkara asas,” katanya di pejabatnya, kelmarin.

“Kalau boleh, saya mahu satu rumah ada seorang huffaz (penghafaz al-Quran), tetapi sekarang belum ada lagi huffaz sebegitu.

“Setidak-tidaknya biarlah dalam satu kampung, terdapat seorang huffaz, manakala dalam bandar lebih ramai lagi huffaz, yang mana huffaz ini bila mereka ada, mereka lebih faham pelaksanaan dalam Islam,” katanya.

Zamri berkata, antara pelaksanaan tersebut termasuk mereka turut memahami kebersihan, selain boleh mematuhi undang-undang, contohnya, peniaga atau pembantu jualan makanan wanita diwajibkan menutup aurat, malah peniaga juga perlu berhentikan jualan selama 20 minit bagi solat Maghrib.

Menurutnya, tema ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’ berkenaan diakui sudah lama berlangsung di negeri ini memandangkan rakyatnya lebih cakna dengan tetamu yang datang dan usaha tersebut diakui menarik kunjungan orang ramai ke Kelantan.

Katanya, bagi sokongan Malaysia #QuranHour, 300 kakitangan pihak berkuasa tempatan  itu juga turut serta membaca al-Quran selama satu jam dari jam 12 tengara hingga 1 petang pada 24 Ramadan tersebut di Dewan Bunga Raya pejabat berkenaan.



Demikianlah Artikel Misi satu rumah satu huffaz beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Misi satu rumah satu huffaz beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Misi satu rumah satu huffaz beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/misi-satu-rumah-satu-huffaz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :