Mohamad Izad Diberi Kepercayaan Galas Cabaran Negara beritamalay3.blogspot.com

Mohamad Izad Diberi Kepercayaan Galas Cabaran Negara beritamalay3.blogspot.com - Apa khabar sahabat BERITA MALAY, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mohamad Izad Diberi Kepercayaan Galas Cabaran Negara beritamalay3.blogspot.com, kami telah menyediakan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil maklumat di dalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Info Malay, Artikel Malay News, Artikel Malay Terkini, Artikel Politik, Artikel Trending, Artikel Video, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda fahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohamad Izad Diberi Kepercayaan Galas Cabaran Negara beritamalay3.blogspot.com
link : Mohamad Izad Diberi Kepercayaan Galas Cabaran Negara beritamalay3.blogspot.com

Baca juga


Mohamad Izad Diberi Kepercayaan Galas Cabaran Negara beritamalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan hoki negara, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran negara beraksi di Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (HWL) di London, England yang berlangsung pada 15 hingga 25 Jun ini.

Ketua Jurulatih negara, Stephen Van Huizen berkata Mohammad Izad sebelum ini digugurkan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah awal bulan lalu akibat masalah kecergasan kini diberikan peluang untuk mengukuhkan barisan pertahanan negara di London nanti.

Secara keseluruhan, Stephen masih mengekalkan barisan sama yang beraksi pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, bulan lalu yang menyaksikan skuad negara menamatkan saingan di tempat keenam.

“Izad kini berada pada tahap terbaik untuk menggalas cabaran negara di London selepas dia terpaksa digugurkan pada kempen Piala Sultan Azlan Shah akibat masalah kecergasan selepas beliau kembali pulih dari demam denggi.

“Lapan belas pemain yang dipilih merupakan yang terbaik dan saya yakin mereka mampu membawa pasukan berada dalam kelompok empat terbaik dalam saingan kumpulan sekali gus menempah slot ke pusingan akhir di Bhubaneswar, India pada Disember tahun ini,’ katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengumumkan skuad ke Pusingan Akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Tun Razak di sini, hari ini.

Laluan sukar menanti skuad negara yang berada di ranking ke-14 dunia apabila diundi bersama-sama Argentina yang menduduki ranking pertama dunia diikuti England (ketujuh), Korea Selatan (ke-12) dan China (ke-18) di London nanti.

Malaysia perlu sekurang-kurangnya menduduki tempat keempat saingan Kumpulan A untuk meneruskan cabaran ke Pusingan Akhir Liga Hoki Dunia di Bhubaneswar, India, Disember ini.

“Misi utama adalah pastikan pasukan berada dalam kelompok empat terbaik di London nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Stephen mengakui terpaksa membuat keputusan yang teliti dalam pemilihan pemain di bahagian jentera serangan ekoran saingan sengit yang dipamerkan anak buahnya dalam merebut tempat ke London.

“Persaingan antara mereka (pemain) terutama di bahagian serangan sangat sengit, oleh itu ia memaksa saya memilih dengan teliti penyerang yang terbaik dan benar-benat bersedia,” katanya.

Antara pemain yang terpilih dalam posisi serangan adalah Muhammad Haziq Samsul, Muhammad Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, Muhammad Firhan Ashari dan Faizal Saari.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam kempen Hoki Piala Dunia adalah menduduki tempat keempat ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada 1975.

Berikut adalah senarai 18 pemain yang akan menggalas cabaran bagi Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (HWL) di London, England:
Penjaga Gol: Muhammad Hafizuddin Othman, S.Kumar

Pertahanan: Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Muhammad Razie Abd Rahim, Muhammad Sukri Abdul Mutalib, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Faiz Helmi Jali.

Tengah: Muhammad Azri Hassan, Nabil Fiqri Mohd Noor, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Mohd Fitri Saari, Meor Muhammad Azuan Hasan, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi.

Penyerang: Muhammad Haziq Samsul, Muhammad Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil , Muhammad Firhan Ashari, Faizal Saari.

– BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sw2skH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Demikianlah Artikel Mohamad Izad Diberi Kepercayaan Galas Cabaran Negara beritamalay3.blogspot.com

Sekianlah artikel Mohamad Izad Diberi Kepercayaan Galas Cabaran Negara beritamalay3.blogspot.com kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohamad Izad Diberi Kepercayaan Galas Cabaran Negara beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/mohamad-izad-diberi-kepercayaan-galas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :