Judul : Orang Suruh Jadi Perwira Negara, Kau Jadi Pembuli! – Netizen Mahu Pembuli Dihukum beritamalay3.blogspot.com
link : Orang Suruh Jadi Perwira Negara, Kau Jadi Pembuli! – Netizen Mahu Pembuli Dihukum beritamalay3.blogspot.com
Orang Suruh Jadi Perwira Negara, Kau Jadi Pembuli! – Netizen Mahu Pembuli Dihukum beritamalay3.blogspot.com
Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.
Kejadian tersebut turut mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya berang dengan tindakan pembuli yang tidak berhati perut.
Seramai 36 individu direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kematian Zulfarhan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM manakala empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 21 tahun.
Katanya, laporan polis telah diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Semua yang ditangkap direman sehingga 8 Jun ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.
Selain itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Twitternya menyatakan rasa sedih dengan berita kematian mangsa.
“Innalillah… sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.
“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, ” katanya.
Sumber: Astro Gempak
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sn4FzF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Orang Suruh Jadi Perwira Negara, Kau Jadi Pembuli! – Netizen Mahu Pembuli Dihukum beritamalay3.blogspot.com
Anda sekarang membaca artikel Orang Suruh Jadi Perwira Negara, Kau Jadi Pembuli! – Netizen Mahu Pembuli Dihukum beritamalay3.blogspot.com dengan alamat link https://beritamalay3.blogspot.com/2017/06/orang-suruh-jadi-perwira-negara-kau_3.html